About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Jumaat, 12 Ogos 2011

kueh mueh...


assalamualaikum...
berikut adalah senarai kuih tadisional yang ade kat mesia...

Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek mek molek

Kuih awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap


Kuih penyakit kronik= Batang Buruk

Kuih kaki pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt

Kuih bangun sendiri= Kuih bangkit

Kuih org x mandi= BAU-LU

Kuih paling tenteram= Kuih makmur

Kuih paling lembap= kuih siput

Kuih kena marah= Kueh teow

dasyat x nama kueh2 ni?? xterjangkau kan oleh kita orang yang sebelum orang dahulu..begitu kreatif dorang ni..kita sekarang pandai makan je..hanya segelintir je yang tau buat...heheh...ok juadah pilihan arini..ialah...KUEH KETAYAP...heheh


Rabu, 10 Ogos 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! Mari Kita Cuba....!


assalamualaikum...

selamat pagi semua..huhu..mode bertambah ceria sejak blog dah bertukar wajah..hitam itu menawan..hitam itu manis..hehe...
ok, entry kali ni nak berkongsi dengan kawan2 sume tentang sesuatu yang kadang tu tak pernah terlintas pun dalam otak pikiran kita..so, selamat membaca dan selamat mencuba... 

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


.
Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

" moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya".

Selasa, 9 Ogos 2011

Perlukan berperasaan begini???

assalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim...

Sidang penggemar yg sudi baca blog zatie ni..( prasan ade org bc la plak)..huhu..watever laa..ade xpe,xder pn xpe..emm..perlukah kita berperasaan cemburu pada sesuatu benda yang baik, yang mana kita xdapat nak lakukan atau dengan kata lain bukan rezki kita lagi..?? cane tu ..Laksamana sepet tolong jawab....huhuu

Point yang nak di luahkan dalam paparan screen itam ni ialah, sejak kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ni, dan bertemankan 3 orang ahlibet yang setia berbuka puasa bersama, even boley pose ke x,,perbincangan utama yang keluar dari salah satu drpd pancaindera mereka adalah mengenai UMRAH....waaahhh...sape yang xcemburu bila dengar perkataan tu...lagi2 bagi siapa yang belum tiba rezkinya untuk menjejakkan kakinya ke HARAMAIN tu..sedih,sendu,syahdu,  'terkesot hati '...sume ade..tipu la kalu sikit pun xder yang nak terasa..kalau xder tu memamg dia terbaik laa...semut yang lalu kat tepi dinding pn kalu ia leh ckp gerenti tepelanting sume makanan..sbb ape??sbb ia pun nak g gak..

ok, menunaikan HAJI dan UMRAH adalah rukun islam yang ke5 yang mana waJib di tunaikan bagi setiap manusia yang mampu dan berkemampuan untuk menunaikan dan melakukannya..

emm..tapi, kalau dah ari2 duk bincang n sebut pasal UMRAH je depan orang yang xde kena mengena nk gi , memang  lain macam gak la rasenya..org yang duk bercerita dengan hati gumbira tu mb xtrase pape la kot..tapi bagi si pendengar, yang dengar jr tu, kena la amik cakna gak perasaan die..bukan sume orang leh terima bila dalam situasi cam tu..hukhukhuk...sedey...kata ukhwah..so, cuba la paham dan memahaminya...diam xbererti setuju..kalau bab kawen lain laa..diam tanda setuju...ye dak??huhuu...

ok fine..dah rezki dorang ape leh kata..i.allah rezki kita bakal menyusul..sume tu perancangan dari allah..rezki kan dari allah..ok, bukan nak memepertikaikannya, cuma mahukan keprihatinan je..tahu la korang sume nk g wat umrah,tapi cuba la jaga hati orang yang xpegi tu..sedey sangat tauu....hukhukhukk..( masuk bilik peluk bantal..)

bayangkanlah..dalam 4 orang tu, sorang je yang xpegi..xke meruntun jiwa raga plastik dia bila dengar korang sume duk bincang pasal Umrah tu?? memang la kadang tu boleh memberi satu perkongsian, tapi kalau dah ari2 duk ckap pasal benda yang sama je, xke kesian org yang dengar ( yang xg tu) ?? emmm...kalu saya la, memang xsampai hati la nak wat camtu... hati kawan kena la jaga sama..rambut sama itam tapi hati lain2..lagi2 hati wanita yang sensitif dan lembut cam tisu ni..adusss...emm.

ok ..sebagai muhasabah yang perlu difikirkan bersama.,,,THINK POSITIVE

Buat sahabat2 dan ahlibet yang tersayang, selamat menunaikan ibadat UMRAH yang bakal kalian tunaikan beberapa minggu akan datang..moga kalian beroleh rahmat dan diberi kesihatan sepanjang permusafiran dan ibadah kalian nanti..dan moga umrah kalian diterima disisi ALLAH taala...ameen...doakan moga kita sume dilindungi dari anasir2 jahat yang semakin bergelojak..

ISLAM FOR ALL....

Ahad, 7 Ogos 2011

geram vs sakit hati...~Astaghfirullah...~~

assalamualaikum...

bismillahirrahmanirrahim....

Geram..geram aku geram...

sakit hati....hanya Allah yg tahu...tp alhamdulillah di sebabkan bulan puasa dan orang lain sume puasa, maka aku perlu menahan amarah yang bersarang dalam jiwa raga ni...SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...maalish awi2 ila sodiqoti habibati myza_1005 a.k.a MIZAH, coz atas kesilapan mamat arab tu, apa yang mu dapat tidak seperti yang di pesan...aku jua terasa akan kesilapannya,,,sori ek..ape sori2..sori2 naik lori laa...hukhukhuk...by the way aku tau, mu xkan salahkan aku kan..cayang u lebey laa..

Nabi ade berpesan untuk ummatnya : La Taghdob...( jangan marah)....
Firman Allah taala : Fasobrun Jamil..( sabar itu cantik & indah )

so, untuk hilangkan rasa marah tu, sama2 la kita beristighfar dan berdoa agar kita di jauhkan dari gangguan dan hasutan syaitan..walaupun bulan puase ni syaitan dan iblis dah dirantai kemas dengan rantai besi namun, mesti di ingat bahawa nafsu kita sentiasa bersama kita...maka jaga lah nafsu kita dari di rosakkan..

ok, renung2kan dan selamat beramal...selamat berbuka puasa untuk warga MESIR di MANSURAH...

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget