About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Selasa, 24 November 2009

Raptai JQAF


salam...

Hari yang cukup atau mungkin agak mengantuk..(sebab smlm tido lewat)..pagi ni teman kak ha pegi raptai kat putrajaya...mencari jalan yang xpernah kembara seorang diri agak memusingkan kepala lagi2 mencari ngan kakakku yang kalut ni..heheh..(jgn marah,nti bocor rahsia)..lebih kurang 45minit la kami mencari jalan ke lokasi tujuan kami..peta yang along bagi memang kami xikut langsung..sebabnya driver terlajak ke depan..huhuuu...aku pulak asyik duk cakap dia kalut jer..hehehe,sian dia..maafin yaa..

Akhirnya sampai jugk kami ke destinasi,,tp masalah nk cari parking plak,,adui..meemang pusing..maklum je la sorang org timur,sorang orang utara..kak ha dah agak sedikit bengang ngan aku sebab duk kacau dia..huhembiraanuuu..sebenarnya suka tgk muka dia cam tu..muka cuak..kakhakhakha..kak ha..ooo..kak ha..tapi dah nmpak cam matured skit laa..almaklum lakan dh nk jadi isteri orang..xleh cepat2 nk marah..

Saya rasa bangga dan terharu bila berjalan seirinng ngan kakha,,alhamdulillah konvo jQaf kali ni dia telah membolot 2 anugrah cemerlang..telah mengalahkan ateh yang berjaya mencabar dirinya yang bukan mudah di cabar..MABRUK ya HABIBTI...U dah berjaya buat UMMI tersenyum bangga ngan usaha U..walaupun abah xder bersama pada konvo U kali kedua selepas konvo KUIM,tapi I tahu kalau abah ada sama2 kita, abah pasti akan menitiskan airmata kegembiraan dengan kejayaan U..i tabik spring la kat U..huuuu....

Isnin, 23 November 2009

akhirnya bertemu jua..setelah sekian lama...

salam...

Hampir sebulan saya di tanah air, akhirnya bertemu jua dengan kakak tersayang...rindu bangat sama kamu kak..so, memandangkan kak ha dah bersamaku sekarang, ini lah masanya saya "pau" laptop ngan "brodband" dia..huuu,,,nasib la U..

Esok kena jadi 'bodyguard' kak ha ke putrajaya..ada raptai konvo jQaf dia ari Rabu ni..so kenalah temankan dia dari pagi sampai ke petang...leh jumpe bakal abang ipar sama..hehehe..buat2 baik ngan bakal abg ipar sebelum sah jadi abg ipar..huhuu...k lah jumpe di lain masa...

Sabtu, 21 November 2009

Pencerahan : Ketika Cinta Bertasbih

Jumaat, 2009 November 20
Di ambil dari blog :http://puteraazhari.blogspot.com/

Khairul Azam seorang mahasiswa Indonesia yang datang jauh dari pelosok desa di Pulau Jawa untuk melanjutkan pengajiannya di Mesir. Tanpa henti berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada keluarganya, menjadi contoh kepada adik-adik perempuannya, dan berusaha menyekolahkan mereka.

Setiap kerja keras akan memberikan hasil dengan keikhlasan hati.

Beliau harus berkorban selepas kematian bapanya, demi menyara kehidupannya dan keluarganya di tanah air. Dengan hanya menjadi penjual bakso dan pembuat tempe, beliau redha dengan ketentuan-Nya. Ternyata bakso pun menjadi sebutan mata-mata hati, bakso yang membekaskan cinta, dibentuk oleh hati suci murni.

Penat melalui mehnah dunia dan fitnah manusia…

Terbukti Khairul Azam, akhirnya berhasil menikahi wanita yang didambakannya selama ini, Anna Athafun-nisa’, selepas diperkenalkan oleh Pak Ali. Wanita yang meniti di fikirannya, butuh hatinya tiada kepalang. Ianya berlaku setelah melalui detik dipinang sahabatnya sendiri, namun pernikahannya terkandas dipertengahan jalan sebelum merasai nikmat ‘malam pertama’, bercantung antara dua insan yang halal, antara pria dan permaisurinya.

Bahkan begitu banyak calon yang hadir di hadapan Kahirul Azam.

Begitulah Allah Taala menetapkan jika sudah menjadi ketetapan dan milik kita, akan tetap menjadi kita. Andai bukan takdirnya, walaupun sekuat mana tenaga sekalipun mempertahankannya, juga tidak akan termiliki.

Indah mawar berduri, suci dari sentuhan tangan-tangan kotor.


… Anna Athafun-nisa’ …

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan menjadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah… ITULAH CINTA”

“Meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta”

“Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur, cinta sendirilah yang mengerah CINTA dan TERCIPTA…”



… Khairul Azam …

“Kalau kamu berani menentang badai. Badai dunia dan akhirat. Ikuti sahaja ajakan Tiara”

“Dengar baik-baik Dil. Jika engkau ikuti ajakan Tiara, bukanlah kau laki-laki sejati, tapi seorang pecundang, pengkhianat yang tegar menikam saudaranya sendiri. Sekarang bayangkan, berapa banyak orang sakit hati jika ini telah engkau lakukan”

“Cinta sejati menyembuhkan Dil, bukan menyakitkan. Kamu fikir Tiara bias mengubati sakit hati seseorang?”

“Ngap Fadhil”

“Kamu jangan mengalah dengan perasaanmu, sebab iblis selalu menunggani manusia menuju dosa. Ingatlah sabda Rasul:

Ikuti ajaran nabi. Haram bagi seorang muslim melamar di atas lamaran saudaranya sendiri”

“Apatah lagi sampai menikahinya”


Sekilas beberapa sedutan dialog dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Ianya melanda bak thunami membawa arus perubahan dalam masyarakat, supaya kenal erti pengorbanan. Penangannya turut dirasai di bumi anbia’ ini. Tidak cukup sekali tengok, diputarkannya berkali-kali. Ianya berjaya diadaptasi dari sebuah novel yang terlaris di Asia Tenggara.

Di mana kekuatan filem ini?

Bagi saya pujian, harus diberikan kepada penulis asal jalan cerita tersebut, Ustazd Habibur-Rahman El Shirazy. Beliau berhasil menarik minat golongan remaja, dan dewasa dalam mengenali cinta yang ditanam oleh Islam

Cinta itu fitrah. Tempatnya, pada sebuah sumur hati yang suci dan bersih.

INTIPATI SIARAN DAN DAKWAH

Apa yang ada di segenap ruang dan lubang, maka di ruang dan lubang itulah hembusan Islam akan memenuhi. Kita perlu pandang setiap sesuatu dengan pandangan dakwah.

Tidak salah menghukum, namun tindakan tidak cermat ini merugikan Islam untuk jangka masa panjang.

Karya-karya bercorak nilai-nilai murni Islam banyak ditonjolkan dalam drama di tanah air kita, dan mendapat tempat di kalangan penonton yang dahagakan kesedaran melalui touch dan teach. Bagaikan satu nafas baru bagi industri ini mencari potensi baru dari sudut jalan cerita yang agak sama kebanyakan yang dilakonkan di kaca televisyen.

Kita membayar dengan harga yang tinggi untuk menikmati hidangan rohani yang berkualiti. Kegagalan mendapatkan keselasaan dari sudut santapan tadi hanya mengundang kegelisahan pada sekeping hati. Jangankan anak-anak, bahkan ibu dan bapa juga akan terpalit sama.

Tangan manusia sangat berkuasa merubah, tunggu sahaja baik atau buruk.

Cuba berpatah kembali pada era kewujudan penyiaran televisyen yang bermula di Barat, hanya berfungsi sebagai media penerangan, mengalihkan satu berita, satu perkembangan, satu maklumat terus sampai ke pengetahuan umum. Ahli politik giat menguasai bidang penyiaran ini. Tiada unsur-unsur dakwah, kekeluargaan, hiburan dan sebagainya seperti keterlambakan hari ini.

Oleh itu, salah satu teori yang tersedia ada dalam bidang penyiaran ini, bahawa manusia lebih cepat menerima dan tersebar luas daripada jaringan lain ketika itu. Dan mudah meraih tempat di hati masyarakat, kerana mudah, cepat, dan tepat.

Itu soal faedah dan manfaat.

Pengaruhnya cukup kuat dan lebih dominan, tidak salah saya katakan lebih bersepadu, menyeluruh dan sempurna.

Pada pengamatan saya, dalam karya seni mesti ada tiga elemen yang saling berkait rapat iaitu logik atau logos, etika dan estetika. Apabila nilai Islam mahu diserapkan dalam sebuah karya ia akan menjadi empat iaitu ilmu secara tersirat.

Saya lihat banyak filem mahupun drama di kaca televisyen yang dihasilkan sering kali logiknya sangat lemah. Kadang-kadang ada plot cerita yang mempunyai sebab yang kecil boleh menyebabkan akibat yang besar.

Jika ceritanya tidak logik bermakna penguasaan pada jalan ceritanya sangat lemah. Penguasaan ilmu dalam karya oleh penonton juga lemah sebab ia jauh dari situasi kehidupan sebenar yang boleh diambil pengajaran. Tidak masuk akal.

Berkait rapat juga tentang stereotaip karya yang kadang-kadang melemahkan plot cerita. Contohnya; orang kaya mesti jahat, orang kaya berpangkat dato’ mesti ada perempuan simpanan, bila tidak cukup kasih sayang mesti hisap dadah, balik oversea mesti ikut budaya barat, anak orang miskin mesti jadi baik dan banyak lagi. Tapi saya tidak katakan semua karya ada unsur stereotaip yang begitu tetapi kebanyakan begitu.

Unsur streotaip yang melemahkan karya.

ADAPTASI DARI NOVEL

Kebelakangan ini, banyak filem dan drama tanah air yang seakan-akan kering serba-serbi dari sudut idea, moral, dan jalan cerita. Saya amat menunggu produk sebegini. saya amat menggalakkan penerbitan filem berasaskan pada karya-karya penulisan yang mendapat tempat di pasaran. Kalau barat boleh berbangga dapat menghasilkan filem Harry Potter yang diadaptasi daripada novel kegilaan remaja itu. Pulangannya cukup lumayan.

Perlu kita sedari bahawa produk-produk drama yang dihasilkan oleh pembikin drama tempatan sejak akhir-akhir ini menuju ke arah itu walaupun masih belum cukup ‘islami’. Tetapi percayalah, gelombang ini akan berterusan, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

Karya penulisan acapkali dikaitkan dengan nilai pemikiran, estetik yang tinggi. Asas kepada karya ilmiah pastinya pada kualiti yang bercarak islamik, iaitu ilmu, ada unsur dakwah, moral, dan nilai-nilai murni.

saya amat menganjurkan agar penggiat filem khususnya di Malaysia mendasarkan industri perfileman kepada penulisan intelektual, supaya penghayatan filem itu dirasai dan mampu diteladani. Gelombang fenomena sebegini menjadi seakan-akan trend baru dalam industri perfileman barat yang berlumba-lumba menerbitkan filem yang didasari karya penulisan bestseller.

Tidak salahnya kita mendasari pekerjaan bersandarkan nilai keilmuan tinggi, yang sering kali boleh didapati dalam penulisan ilmiah.

Dalam dunia hiburan, sama ada nyanyian atau lakonan, tidak akan terlepas daripada dua keadaan membimbangkan; pergaulan bebas dan pendedahan aurat.

Imam Hasan al-Banna berdakwah, beliau menarik para pemuda yang berada di pub-pub dan kelab-kelab malam untuk kembali kepada Islam. Dengan kebijaksanaan dan kesabaran, akhirnya ramai pemuda yang insaf dan berjuang bersama beliau dalam Ikhwanul Muslimin.

Karya seumpama ini adalah salah satu usaha dakwah dalam dunia lakonan. Dekati golongan tersebut umpama usaha dakwah Rasulullah s.a.w terhadap golongan jahiliah dahulu. Demensinya tetap sama, cuma jalurnya berbeda.

Namun, saya harap alternatif ini dapat mengimbangi budaya hedonisme di kalangan muda-mudi di tanah air. Berkarya tanpa batasan dalam industri seni ini, agar setiap inci ruang dimanfaatkan sepenuhnya.

Tonjolkan sikap, bukan hanya pandai cakap.

Pandanglah dari sudut dimensi dakwah, menegakkan amal ma'-ruf dan mencegah perkara mun-kar.

Pandanglah akan setiap sesuatu dengan pandangan dakwah. Moga Islam terus menyinari alam semesta.

ameen

Rabu, 18 November 2009

alhamdulillah..BERJAYA...

salam...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Alhamdulillah,BERJAYA...berjaya?? ada apa dengan berjaya tu?? hehee..bagi saya macam2 ada dengan perkataan tu..antaranya..alhamdulillah, akhirnya saya berjaya pulang ke m'sia untuk bercuti dan alaisyan utamanya kerana nak mghadirikan diri ke majlis 'walimah' kekanda-kekanda saya tahun depan..i,allah bulan 2..hehee...apa pun ucapan terima kasih tak terhingga buat UMMI kerana sudi mengizinkan anakmu pulang untuk sambut raya haji bersama-sama...walaupun raya haji tapi,kami kt kelantan khususnya raya haji ni lebih meriah berbanding raya pose..berjaya yg selebihnya tu, rasanya tak perlu kot di war2kan disini..nak tahu jumpa saya sendiri yer..huuu..

Em...lagi seminggu kot,genap lah sebulan saya pulang ke tanah air ni..dan dlm ms tu jgk la dh bersawang blog ni..tp still lg cute laa..macam orangnyer..( wawawaa,,dilarang jeles yer ;) ).. sepanjang berada di tanah air nni, banyak peristiwa2 lucu, pahit, manis dan masam telah saya lalui..mklum la dh setahunkan..itu baru setahun..kalau 3 tahun tak balik apa agaknyer yang bakal berlaku yer..emm sumenyer dah di tentukan olehNya..tunggu masa je..

Nak cite skit la pengalaman pertama pulang dari luar negara ni..hehehee...alhamdulillah perjalannan dari bandar mansurah ke MATOR ( airport ) Cairo berjalan dengan selamatnya..di iringi ahlibait yang happening dan 2 musyrif yang sporting, Us Jakfar (USR) dan Us Kimi (UAK)..syukran awi2..walaupun sekadar pulang untuk bercuti tapi,komitmen yang ditunjukkan oleh adik2 kesayangan saya tu sangat puas hati.LOVE U ALL...syukran jgk buat kekandaku k.ngah Isya dan Bangah Syidi kerana sudi datang untuk wada' sekaligus menjamu selera bersama nasi tomato buatan zinnirah..kihkih..sampai kat MATOR, tak sempat nk borak2 lama sebab dah kena chek in..k.yuni pun dah tak sabar nak masuk..k.yuni??sapa dia??oo..dia tu, kakak senior yg nak balik abis..perjuangan nyer akan diteruskan di tanah air..i,allah..huhuu..seterusnya bermula la adegan berendam air mata,yang kelakarnya, PIPOT kesayangn semua tu..beria la nangis2,,heheh,,yela kakak kesayangnnyer nk tinggalkan dia selama 4bln..lama tu..mesti la sedihkan..uhuks..sama jgk la ngan makcik KINAH sorang tu..merah2 mata dia..mana taknye,kakak2 dia sume balik,tinggal die jer..huhuu,tak pe kin, thn depan kin balik yer..balik wat walimah terus..jgn tunggu lama2..nanti dikebas orang,macam akk..hah??macam akk??hehhee..

********************************************

Ok, cite pasal kat airpot KLIA plak..huh,tepat jam 3.50 petang waktu m'sia, kedengaran suara halus ketua pramugari memaklumkan yg kami bakal 'landing' tak lama lagi..huuu..perasaan??berdebar seh..nasib je ada k.yuni, kalau tak..mahunye sesat..tempat pertama yg kami singgah ialah 'hamam'(toilet)...yang kelakarnyer,ade 'passengger' tersilap masuk hamam..patut la "jaga" kat situ tgkk semacam je..emmm...macam2 laa..k abis...10 minit kemudian, kami smpai di perkarangan orang duk tunggu orang yg turun dr flight..tercari-cari kekandaku ateh,tapi nmpak temanku dulu..duk tersengeh2 ngan talipon ditgn..sape lagi kalau bukan cik MIZAH kita...syukran TEQ,mu sudi mai amik aku..

Destinasi seterusnye,ke rumah ateh..sempat gak melihat kehijauan bandar KL..singgah rumah along kat UNITEN..makan malam kt sana..hidangan istimewa dr ateh..'rendang ayam kau'memang best sgt...selesai makan dan sembang2 kosong,pas isyak kami bertolak ke KLANG umah ateh..esoknyer nk balik kelntn naik MAS...( kalu org klntan ckp,'agahnyo dio..balik klate naik kapa tebey nah'..)huuu..tp itu permintaan ummi..katanya,tak nak susahkan along ngan ateh..k abis..

Selama 45minit atas udara bersama anak2 kapal yg lain,tibalah kami di mator KB..kepulanganku disambut mesra oleh achik yg berseorangan,,katanya bila ditanya," nape sorang???'"achik dr opis..ummi tunggu kat umah ngan najihah n wafa'.."..sian budak2 tu...beria nk amik cik sue,tp ayah chik xbawak...

Sesampai di rumah, terasa seperti baru pulang dari KUIS...hehhee..pintu berkunci dr luar..dlm pikiran."ummi xder kt umah ker??" agak sedih jgk laaa..tp wat bodoh jer..bila salam diberi dan pintu dibuka,alamak...ape ni...???hehhee...rupenye ummi ader kt umah..ngah tido...katanya tertido sbb tunggu achik balik dr opis..ingatkn nk g mator gak..kerling sebelah ruangg tamu kelihatan anak2ku,najihah ngan wafa' sedang tido...huhuu..ku bg salam perlahan2 di telinga ummmi,xnk bg ummi terkejut...ummi sedar dan saya terus memeluk erat tubuh gempal ummi dgn penuh kasih sayang dan ridu..bayangkan selama setahun tubuh dan tangan ummi xku sentuh dan pegang..keseronokan hati ni, hanya DIA yg tahu..YA ALLAH, SYUKRILLAH...

walaupun kepulanganku ke rumah xdisambut dgn meriahnya tapi, makanan yg dihidangkan anagh ngan ummi cukup meriah..cam rayer plak..sumer ada...hehehe...so sedih sbb ummi xjemput kt mator td pun hilang secara tiba2 bila dh dpt jamah hidangan yg disediakan...mmg teruja...

Emm...rasa rindu pada keluarga terubat jua...cumanya,sampai sekarang saya ngan k.ha je xjumpa lagi...sis,,miss u so much laa..xsabar nak 'pau' u..huhuuu...

Buat sahabat2 di mesir, ucapan rindu xterkata saya titipkan...semoga allah panjangkan umur kita agar kita bisa bertemu lagi dan meneruskan perjuanagn kita semua...allahuakbar...

Inilah sedikit sebanyak cerita yg nk sy kongsi bersama teman2 sewaktu kepulangan saya ke tanah air..ni baru sebahagian..atau boleh dikatakan sebagai "part 1"..banyak lg cerita menarik yg nk sy kongsikan bersama teman2 dan sebagai penulisan saya untuk mengisi masa lapang..cerita2 menarik dari gelagat anak2 saya yg seramai 12org ni..mmg mcm2 pesen ader..huhuuu..nantikan bersama...

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget