About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Sabtu, 1 Mei 2010

duhai hati, bersabarlah…

Bismillah…

Aluanan merdu bacaan al-quran dari sheikh saad said al-ghamidi membuatkan hati ini tersentuh..bacaanya yang begitu tartil sekali membuatkan diri asyik..tanpa di sedari bibir ini turut mengikut setiap ayat-ayat yang dibacanya.. pagi ni masih lagi seperti semalam..mendung, dingin dan nyaman..kalau nak diikiutkan sekarang ni dah masuk musim panas, tapi hawa-hawa sejuk masih lagi dapat dirasai..walaupun matahari dah menjengah keluar,dan terik mentarinya sudah mula menemani penduduk di Mansurah yang berada di luar rumah, namun bagi aku yang terperap je kat bilik ini bersama kitab-kitab serta nota-nota yang belum di usik ini yang setia menemaniku, masih lagi berasa dingin dan terkadang rasa sejuk datang menyinggah..sehinggakn masih lagi mengenakan sweater di dalam rumah..

Adakah hati ini sedingin dan semendung pagi ini dan semalam??? Kenapa?? itu lah yang menjadi tanda tnya..( toing toing).. Tak dapat di tafsirkan apa yang bersawang di benak fikiran ini..semua bercampur aduk..tak dapat nk diselesaikan yang mana dahulu sebab kesemuanya menjadi penting bagiku..bila jadi macam ni, teringat plak kat kitab fiqh awlawiyat..emmm.. hati jadi tak keruan bila duk fikir masalah yang bertimbun-timbun ni..( macam lagak Hewi plak..byk masalah..huhuuu)..resah gelisah tiada siapa yang tahu, sengaja di sorokkan..tak nak susahkan orang lain..walaupun terkadang kelihatan “happy go lucky”, sentiasa melemparkan senyuman yang manis( wlpn xmanis mana pun..hehehe), dan bergelak ketawa bersama adik-adik, namun di hati ini hanya Allah yang tahu..keperitan, kesedihan dan keresahan yang melanda.. atau mungkin disebabkan tension nk imtihan??? Adakah itu penyebabnya yang nyata?? Atau sengaja di manjakan hati dan diri ini dengan perkara-perkara yang hanya dipandang remeh oleh setengah orang dan dianggap penting bgku?? Masih buntu memikirkan hal sebegini,kerana belum pernah ianya menjengah masuk dan membiarkan diri ini begini..adakah ini salah satu daripada ujian hidup yang harus di lalui sebagai salah seorang Hamlatul Quran?? Ya Allah, jika benar ini ujian dariMu, Kau peliharalah aku, jiwa aku dan Kau kuatkan hati hambaMu ini… faghfirli zunibi Ya Allah…

IMTIHAN SYAFAWI….

Alhamdulillah 2 hari lepas,tanggal 29 april selesai sudah imtihan kami yang pertama iaitu, imtihan syafawi ( ujian lisan ) bagi maddah Al-Quran dan Qiraat..imtihan kedua akan menyusul seminggu kemudian pada tarikh 8 Mei dan berakhir pada 16 Mei..sedikit ceritera yang berlaku sepanjang sehari kami di maahad Fatayat El-Mansoura..syukrilllah di atas pertolongan dari Allah s.w.t kerana memudahkan segala urusan syafawi kami Qiraat Tahun 2..sesetengah daripada kami pulang dengan keadaan yang puas dan gembira kerana selesai sudah syafawi yang mana bagi kami ia ibarat seperti menyusuri sungai yang ada buaya ganas dan bagi setengah daripada yang lain, mereka hanya berasa lega ( bg yang dah masyi laaaa) dengan berakhirnya imtihan itu..a’la kulli hal kami semua panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan kami..tapi, dalam keadaan kami berseronok melepaskan 1 beban yang di pikul, terdetik rasa sedih, kecewa dan remuk hati..kenapa?? sedih sebab adik-adik Qiraat tahun 1 tak dapat masuk periksa syafawi atas alasan yang kami dan mereka semua ‘terpaksa’ terima.. itulah hakikat perjuangan..pagi itu saya dapat lihat kesungguhan mereka datang ke maahad seawal pagi..awal dari masa yang di tetapkan..tapi akirnya pulang dengan hati yang kecewa dan hambar..sayu melihat wajah-wajah pilu adik-adik..
Buat adik-adik k.Zatie semua, teruskan usaha kalian..jangan sesekali berputus asa..usaha lagi dan cuba lagi untuk menghubungi pihak berkenaan ..i.allah dengan berkat dan kerjasama kita semua akan di nilai oleh Allah s.w.t…jangan kalian bersedih lagi..ini adalah ujian pertama kalian di Ardhu Kinanah.. banyak lagi ujian-ujian lain yang bakal ditempuhi sepanjang keberadaan kita di sini..selagi kita semua di syangi Allah, selagi itulah kita akan senantiasa diujiNya..mohon lah pertolongan kita dalam tangisan yang benar-benar mengharapkan bantuan daripadaNya..mohonlah dengan sepenuh pengharapan..teruskan mengulang dan murajaah..jangan sesekali pandang lagi ke belakang andai itu bisa merobek hati kalian.. ingat hadaf sebenar kita datang ke sini, di sini lah kita akan belajar erti sebenar perjuangan dan belajar mengenal diri sendiri dan yang paling penting, kita dtang ke sini adalah untuk mendambarkan diri mengaut seberapa banyak yang boleh ilmu-ilmu yang ada disini.. selagi kita mampu melaksanakan amanah yang Allah s.w.t perintahkan untuk kita, selagi itulah kita kena percaya dan terima segala ujian, cabaran dan ketentuan yang datang menjengah masuk dalam diri kita…selamat berjuang…

Sabar itu separuh daripada iman…wahai hati-hati yang di sayangi Allah, bersabarlah…

Tiada ulasan:

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget