About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Khamis, 27 Ogos 2009

Permata Hatiku yang Baru.....

bismillahirrahmanirrahim....
salam..


Inilah wajah terbaru anak sedara saya yang baru..Asma' Mohd Hamidi dan Muhammad Adib Hj Lotfi..


Asma' Bt Mohd Hamidi (anak Ateh)


"Asma' dah pandai di agah" kata Ateh..ini anak sedara saya yang ke 10..wajah dan mimik muka Asma' sama cam Abg Muazz dia..( big Bro Asma'& Hajar)..



Mohammad Adib B Hj Lotfi (anak Angah)


Ini pula Adib..ana sedara yang ke 11, baru sebulan dilahirkan.."cik chu nk tahu,muka baby cam alonggg.."cerita Najihah( kakak Wafa' & Adib) kepada saya..so happy bila dengar celoteh dia..ader je yang di momelkan..petah bercakap..dulu masa Angah mengandungkan Najihah,a.ngah bagi makan 7 ekor burung merpati..hehheee..


Geramnyer.......Nantikan kepulangan Cik Sue tau..cayangggggg.........









DeHaTie....

bismillahirrahmanirrahim..

salam..

Agak lama berfikir untuk mencari tajuk yang sesuai di letakkan untuk entri yang ke3 ni..sumenyer pasal makcik kat bawah tuu...emmmm..jam menunukkan 1.47 pagi waktu mesir..mlaysia pukul 7.47 pagi..beza waktu sudah beginjak kepada 6 jam..tapi takpe lah teruskan menaip untuk entri yang last ni..
Tadi baca shoutbox kak Ha yang agak sedih..dia sedih sebab namanya tak disabut dalam entri "rindu tiada penghujungnya".."how dare??".. itulah ayat terakhirnya..heheh..nak tegelak pun ader..tapi hakikatnya memang sengaja saya tinggalkan..sengaja nak tengok respond dari dia..gerenti terasa sebab nama dia tak disenaraikan..hehehee...itulah kakak saya,, emmm...


sengeh manjang.....


ni pun sengeh gak...emmm

taman mini kak Ha...

bismillahhirrahmanirrahim...

salam...

Emm entri ni nk citer pasal taman mini kak ha tu..walaupun kelihatan agak biasa jer tapi cube tgk betol betol..cantik kan???decoration dengan penuh kasih sayang..maklum la nak meraikan kedatangann orang istimewa tak lama lagi..tapi memang lambat lagi la..pas raya katanyer..emm..

ummi ngan assitantnya Wafa' disamping taman mini buatan kak Ha

Tapi yang mushkilnya,,kat sebelah Ummi tu ader buah durian..buat perhiasan ker atau saja nak tunjuk buat tatapan orang jauh??kasi jeles saja..tapi xpe la tgk gambar pun jadi lah..sekurang kurangnya hilang jugak la kempunan ni....Wafa' dah kurus la..nape yer..rindu ciksue ek..ciksue pun rindu kat wafa'...sekarang dah boleh panggil Angah la yer..

Taman mini ni xtau dah yang keberapa..banyak sangat tempat ubahnya..tapi yang pasti tanaman dan pokok pokok kaktus tu masih lagi yang sama..hehehee...tapikan sis..i risau la ngan taman mini U ni..takut jadi tempat kucing membuang sisa sisa najis jer..makesure U jaga dengan elok kalau nak bertahan lama...huhuuu... bagus gak U balik..ader jugak hasilnya..kak Ha ni memang suka menghias rumah..pantang nampak beselerak dan bedebu..pasti ade je tangan yang mengurusinya..maklum la nak jadi isteri solehah tak lama lagi..

Rabu, 26 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN....

bismillahirrahmanirrahim....

salam..
Ramadhan kareem..Allahu akram..

Alhamdulillah, walaupun hari ini dah masuk hari ke 6 umat islam menunaikan ibadat puasa bertepatan dengan rukun islam yang ketiga, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa buat ahli keluarga dan sahabat sahabat dan juga pengunjung blog yang tidak seberapa ini...
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian serta InayahNya juga dengan nikmat iman dan islam dapat saya meneruskan hidup mencari keredhoan Allah s.w.t. dan juga dapat saya
mengisi entri untuk hari ini dan hari hari yang berikutnya,InsyaAllah...
Sudah agak lama blog ini tidak diisi dengan apa apa cerita dan celoteh serta bahan ilmu..setelah di komen dan di tanya oleh kak Ha, jadi saya ringankan tangan ini untuk menulis apa yang patut memandangkan sudah 3 minggu blog ini tidak dilayan...maklumlah saya ni jarang menulis dan tak pandai nak mengarang ayat yang sedap sedap..hehehe..tapi kalau masak memang sedap..kihkihkih..
Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya berpuasa di bumi anbia'..rasa rindu berpuasa bersama keluarga usah di bilang..walaupun tahun lepas hanya sempat berbuka puasa bersama selama 8 hari saja..kali terakhir di rumah Along..ummi masak bubur lambuk, pastinyer kegemaran anak anaknya..itu pun hanya bersama ummi,Along dan Ateh sekeluarga..Angah,Achik dan kak Ha tak ada..kebetulan esoknya hari keberangkatan saya ke bumi mesir ini..mereka bertiga tidak dapat menghantar atas sebab dan alasan tertentu..saya terima dengan hati yang pasrah.. tahun ke 2 disini, agak berbeza sedikit berbanding tahun pertama..rasa sayu dan sedih y sentiasa menyentuh jiwa dan sanubari ini lama lama dapat ilang dengan sendiri..walaupun berjauhan tapi sentiasa berhubung..setiap masa..bak kata pepatah" jauh dimata dekat dihati"..
Rasa ingin pulang berpuasa bersama keluarga dan menyambut Syawal bersama tetap ada..tapi apakan daya,masa tidak mengizinkan lagi..saya perlu bertahan untuk jangka masa 2 tahun lagi..i.allah panjang umur murah rezki,orang kampung suruh balik pastinyer saya tidak akan melepaskan peluang itu..hehehe...
Hari pertama puasa, kami sudah di jemput untuk berbuka puasa di rumah orang arab..time puasa inilah orang arab akan menambahkan pahala ibadah mereka dengan memberi makan atau iftor untuk kami dab sape sape saja..untuk hari yang berikutnya pandai pandai la cari tempat kalau nak makan free..antaranya "maidaturrahman"..heheh...sembahyang tarawih pula, sembahyang kat rumah je bersama ahlibet Afifah (pipot) dan Sakinah (kinah)..kebetulan kami bertiga je yang boleh solat..sape Imamahnyer?? sudah tentulah Pipot kesayangan kami tu..lagipun memang die dh janji nk jd imam selama sebulan ni..hehehe..cukup ke sbulan??tunggu dan lihat..hari ke 3,4 dan 5 saya berpuasa dan solat tarawih kat kaherah..rumah anak negri kelantan (KPKM)..best sangat tarawih kat sana..suasana lebih kurang kat masjid kok lanas walaupun dewannya tidak lah besar mana pun..namun ianya cukup sekadar menampung anak anak kelantan mesir berkumpul dan solat berjamaah bersama..perasaan rindu tiba tiba hilang..mana tidaknya sekelilingnya dengan orang kampung jer.emmmmm...
ok la..stop dh yang ni..buat entri lain pulak..

salam ramadhan dari zatie...


Selasa, 4 Ogos 2009

Lima cara syukuri nikmat

salam..

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki.

"Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini:

"Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..."

Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahuberterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud:

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur. Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur.

Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi
mengundang riya'.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kenangan bersamamu...

Entri dalam blog Ateh... aku sisipkan buat kenangan abadi... ku baca kala sunyi, ku tatap kala sepi... sesungguhnya Abah... amat ku rindui...

Assalamualaikum,

Tergerak hati, untuk menulis satu dedikasi untuk ayahanda tercinta, yang kini sudah lama meninggalkan kami. Walaupun tanganku menggigil, menggeletar, kolam air mata semakin penuh, menanti saat untuk melimpah, kugagah jua... Sekadar untuk mengingati kisah, perginya abah, amat dirasai.

Hari ni, genap 2 tahun arwah abah kembali ke RahmatuLlah. Kehilangan yang cukup dirasai.

Abah telah diserang strok kali pertama pada November 2002. Waktu itu, saya masih lagi di Universiti Malaya, semester akhir. Panggilan yang syahdu dari angah (kakak) telah membuatkan hati ini begitu sebak. Angah akan kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian yang masih berbaki satu semester di sana. Agak berat hati angah untuk meninggalkan abah dalam keadaan abah macam tu. Saya pula, kebetulan cuti semester, mengambil keputusan untuk pulang segera.

Keadaan abah pada waktu itu, tidak begitu serius. Setelah mengikuti beberapa sesi urut satu tubuh badan, abah kembali pulih. Serangan stroke yang tidak terlalu bahaya. Alhamdulillah.

Namun begitu, perwatakan abah telah menunjukkan sedikit perubahan. Abah tidah dapat bercakap dengan lancar dan jelas seperti sebelum ini. Mulut abah juga sedikit 'herot' kesan daripada stroke yang menyerang. Tapi aku lihat abah tabah. Kuat semangat.

Gambar abah tenang berlatarbelakangkan kaabah


Sukar untuk kami berkomunikasi dengan abah terutama melalui talian telefon. Suara abah tidak begitu jelas. Tapi saya dan keluarga bersyukur kerana abah masih kuat dan dapat berjalan dan menjalankan rutinnya seperti biasa.

Malah saya turut berbangga, kerana abah dapat hadir ke Konvokesyen semasa saya graduasi Universiti Malaya pada 2003, dan Konvokesyen KPLI j-QAF di Putrajaya pada 2006. Abah masih kuat pada masa tu.


Gambar Ummi dan Abah sewaktu mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan dua tahun lalu


PANGGILAN YANG PILU

Sehinggalah pada suatu pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada achik (adikku) dari kampung mengatakan abah kemalangan, terlanggar lori yang parking di tepi jalan sewaktu menuju ke Masjid untuk solat Subuh. Kemudian disusuli dengan SMS dan panggilan daripada along (abangku) menyatakan perkara yang sama.

Kata achik, abah diberikan Rawatan Pesakit Luar sahaja, memandangkan luka abah tidak serius, tapi dijahit beberapa jahitan dikepala akibat kecederaan ringan yang dialami.

Saya dan along berpakat untuk balik. Kami menaiki bas secara berasingan. Along pulang sehari awal daripada saya. Malang sungguh, bas yang saya naiki (Konsortium) telah mengalami kerosakan pada malam saya bertolak. Bas rosak pada jam 11.30 malam berhampiran terowong di Genting Sempah. Bas hanya bergerak jam 5 pagi. Kalau ikut jadual, waktu tu saya dah pun sampai di Kelantan.

Sesampai di rumah, Along dalam perjalanan membawa abah pulang dari HUSM. Bersama achik yang semalaman menemani abah. Achik telah membuat keputusan menolak tawaran panggilan ke Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat semata-mata untuk menjaga abah yang kurang sihat. Saya bangga dengan achik. Walaupun achik terlalu teruja untuk pergi temuduga sebelum ini. Cita-citanya semakin hampir. Sanggup mengorbankan cita-citanya demi abah. Abah menangis mendengar keputusan achik. Kebelakangan ini, abah kerap menangis, hatinya mudah tersentuh, apatahlagi apabila sanak saudara datang ziarah...memeluk abah, makin kuat tangisan abah.

Saya pula hanya sempat menemani abah sehari sahaja. Pada malam itu, saya pulang ke Klang kerana isteri saya juga tidak berapa sihat, mengandungkan anak kedua. Abah pula masa itu, saya lihat sudah beransur baik. Saya meminta izin daripada abah untuk pulang, walaupun saya sendiri tidak sampai hati meninggalkan abah.

SAAT YANG CEMAS HADIR JUA

Keadaan yang mencemaskan hadir juga. Achik menelefon saya pada lewat malam itu. Achik maklumkan abah sudah tidak bercakap dan hanya mendiamkan diri. Makan pun tidak. Saya sudah mengalirkan air mata. Sebak, tiada kata mampu terucap.

Kebetulan cuti Tahun Baru Cina, saya dan isteri bergegas pulang. Sepanjang perjalanan, pelbagai perasaan menggangu. Isteri hanya menenangkan. Air mata kering dengan sendiri.

Sesampai di kampung, saya lihat sanak saudara sudah ramai yang menziarahi abah. Saya terus meluru ke bilik abah. Sedih dan hiba apabila melihat abah hanya terbujur tanpa mampu berkata apa-apa. Saya mencium dahi abah...sambil tertitis air mata. Abah sudah tidak dapat membalas senyum hibaku.

ABAH DIMASUKKAN KE HUSM

Ramai sanak saudara beranggapan abah sudah tidak lama. Tapi aku dan achik memujuk along untuk membawa abah ke hospital. Peluang abah mungkin masih ada...

Kami menjaga abah di HUSM. Kelihatan (dari kanan) Along, saya dan Chik (mak saudara)

Malam itu abah dibawa ke HUSM dengan ambulans. Terima kasih kepada Pakcik Hanafi (Cik Napi) atas sokongan beliau. Sesampai di sana, abah dimasukkan ku unit kecemasan. Tiub dimasukkan ke dalam mulut abah untuk disedut kahak yang tersumbat yang mengakibatkan abah sukar bernafas. Kemudian, abah dimasukkan ku ICU buat sementara waktu sebelum dimasukkan ke wad biasa di tingkat 8. Menurut doktor lagi, abah diserang angin ahmar (stroke) kali kedua.

Selama hampir seminggu abah di HUSM. Saya dan along mengambil cuti rehat, sambung cuti Tahun Baru Cina. Kata doktor, keadaan abah semakin serius. Kami bergilir-gilir menjaga abah. Yasin sering berkumandang di dalam wad. Abang Ngah menyewa sebuah rumah rehat untuk tempat kami sekeluarga berehat, terima kasih abg ngah!!!

Pagi Sabtu 24 hb Feb 2007, kami sekeluarga bersepakat untuk membawa abah pulang ke rumah. Oksigen yang membantu pernafasan abah dibuka. Abah dimasukkan ke dalam ambulans. Along dan Adik Ti menemani abah di dalam ambulans. Saya mengambil isteri dan anak di rumah mertua untuk balik ke kampung saya, Kok Lanas.

ABAH SUDAH DIJEMPUT ILAHI

Saya mengerling jam di dalam kereta. Pukul 10.10 pagi. Saya meneruskan perjalanan. Tiba-tiba saya terima SMS daripada Adik Ti yang mengatakan abah sudah tiada sewaktu dalam perjalanan pulang. Abah hanya tersenyum. Menurut Along, abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.10 pagi. MasyaAllah, tepat pada masa saya terpandang jam di dalam kereta tadi. Innalillah wa inna ilaihi raajiun... tanpa disangka air mata berlinang tanpa diminta.

Abah sewaktu ditanah suci

Sesampai di rumah, saya lihat sanak saudara sudah ramai memenuhi ruang rumah. Kami memandikan abah. Saya, along, achik dan abg ngah memangku abah. Air mata masih panas membasahi pipi. Sukar untuk saya memberhentikan daripada mengalir. Kehilangan yang begitu besar... Walaupun saya sendiri sedar, setiap yang bernyawa... pasti MATI.

Terima kasih kepada Imam Masjid, kerana membantu melancarkan proses memandikan, menkafankan serta mengebumikan abah.

ABAH DISEMADI

Selepas solat Zuhur, abah disembahyangkan. Kemudian jenazah abah di bawa ke tanah perkuburan berhampiran rumah kami untuk disemadikan. Sekali lagi, saya, along dan achik turun ke liang lahad untuk membantu abah disemadikan di situ buat selama-lamanya.

Seusai dikebumikan, talkin di baca. Peringatan untuk yang masih hidup agar sentiasa bersedia menghadapi maut. Tidak sampai 5 jam proses persemadian abah. Alhamdulillah, kami telah melaksanakan amanah abah sebaik mungkin.

Saya lihat Ummi begitu tenang. Saya memluk ummi, tangisan tidak dapat dibendung. Tika itu ummi hanya membisikkan,"anak-anak ummi kena kuat, baru ummi akan kuat. Anak-anak ummi kena belajar terima dan redha. Ummi yakin anak-anak ummi terpelajar, ummi beri pelajaran agama... ketentuan Ilahi, kita terima... abah dah takde," tasngisan saya semakin menjadi, ummi ke peluk erat...kian erat. Ummi akan ditinggalkan sendirian, tanpa abah kini.

Jadi kami perlu bagi sokongan kepada ummi. Achik la akan menggantikan kami, menemani ummi di sini. Terima kasih achik...terima kasih banyak-banyak.

Kini, setiap kali pulang ke kampung, pusara abah pasti dikunjung. Masih terasa abah berada bersama kami. Walaupun sudah tiada gelak tawa dan senyumnya, abah masih di hati kami.

Semoga abah sentiasa tenang di sana. Kami akan sentiasa mendoakan abah. Maafkan kami. Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya.

Kini, Ummi tempat berkongsi kasih dan sayang. Maafkan anakmu ini, agak kurang bertanya khabar. Isteri selalu mengingatkan, "Abang, telefon lah ummi tiap hari...sekurang-kurangnya bertanya khabar.." terima kasih sayang kerana mengingatkan abang...

Buat Along, Angah, Achik, Ha dan Adik Ti...marilah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan abah. Hanya doa kita yang abah dambakan. Doa anak yang soleh dan solehah. Sudah pasti, itulah yang abah dan ummi harapkan.

ANAK-ANAKMU KINI...

Along, kini seorang jurutera berjaya yang juga seorang instructor di ILSAS, Bangi. Angah pula seorang pendidik di sebuah sekolah agama YIK di Tanah Merah, Kelantan. Sering melawat Ummi pada hari minggu. Membawa buah hati penyeri hari nenek...Najihah dan Wafa'. Achik pula, bekerja sendiri. Usahawan berjaya. Tunggu masa untuk mendirikan rumahtangga. Banyak menghabiskan masa menemani Ummi di rumah. Kerana hanya achik yang kini menjaga dan bersama Ummi. Terima kasih achik. Moga Allah merahmati dirimu.

Ha pula bertugas di Johor Bharu sebagai Guru j-QAF. Tengah praktikum sekarang, selamat menjalankan tugas sebagai pendidik yang berjaya dan cemerlang. Adik Ti pula, menyahut seruan dan cita-cita serta impian Abah dan Ummi... menjadi Hafizoh. Sedang melanjutkan pengajian di Al-Azhar Mesir dalam bidang Qiraat. Selepas tamat 30 juzuk di KUIS, Bangi. Moga cita-cita abah, akan adik realisasikan... Ma'a taufiq wannajah...

Sesungguhnya abah...pergimu amat dirasai...

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget