About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Selasa, 29 September 2009

Rumah Terbuka Zinnirah..

Salam semua..
Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk saya ucapkn 'selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin'..mood raya masih lagi adakan?hehe..biasa la adat umat islam sekarang,puasa sebulan maka syawal juga akan diraikn selama sebulan..hari ini dah masuk hari ke10 umat islam di serata dunia merayakan hari yang bahagia ini..walaupn setahun sekali,namun ia tetap diraikn dengan penuh kemeriahan..namunhtidak lupa kepada mereka yang tidak berupaya,sama sama menghulurkn bantuan..
Alhamdulillah,ini merupakn tahun ke2 saya behari raya diperantaun bersama sama sahabat handai y masih lagi berbaki,yang lain pulang beraya bersama keluarga tercinta di malaysia..aduh jeles sekali..tp tak mengapa,tiada rezki untuk pulang kepangkuan keluarga lagi..akan tiba masanya nanti..walaupun tidak bersama keluarga,namun kami tetap raikan hari bahagia ini dengan meriah..
Pada hari raya ke8,kami puteri puteri Zinnirah telah mengadakan rumah terbuka buat sahabiah2 dan juga mutazawwijin sekitar mansurah..sungguh meriah,saya sekadar menjenguk sebentar suasana diluar tamu,melihat para tamu memjamu selera..kerana terlalu sibuk di dapur(blh dikatakn tak menang tangan la) sehinggakan tidak sempat melayan tetamu..tiada sebarang pentaklifan tugasan,masing masing ahli bait memainkan peranan masing2,walaupun cuma tinggal kami ber5(saya,cah,nana,pipah dan along) dan dibantu sahabat saya,sakinah alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..seronok sangat..tp dalam seronok ada juga sedihnya..tetamu datang tak putus2..walaupun ada segelintir ahli mansurah pulang ke CAIRO atas urusan masing2..tetamu di hidangkn dengan juadah yang sangat istimewa dari kami sekeluarga..alhamdulillah,rezki minallah..ucapn jutaan terima kasih buat sahabiah2 yang sudi betandang ke rumah kami..dan mohon maaf sekiranya ada kekurangan di pihak kami selaku tuan rumah..i.allah ada rezki,kita bekumpul lagi..



tapai ni xsempat nk hidang untuk tetamu..maalish yer...


Ni hagah tuk tetamu hasil tangan Pipah...huhu

Jumaat, 11 September 2009

Lailatul qadar formula al-Ghazali

salam...

KITA berada dalam bulan mulia dan penuh berkat. Selain diwajibkan berpuasa selama sebulan, kita juga dituntut melaksanakan pelbagai ibadah sunat sebagai iringan ibadah utama itu.
Berbicara mengenai Ramadan sudah tentu topik al-Quran menjadi perkara biasa yang diperkatakan. Ini kerana dalam bulan inilah Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk yang benar untuk umat manusia.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud, Ramadan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).

Dalam surah al-Qadr ayat pertama Allah berfirman bermaksud,Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.Jelaslah melalui kedua-dua ayat berkenaan malam lailatul qadar itu pada Ramadan yang menjadikan bulan mulia ini ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk bertaqarrub kepada Allah demi menemui malam itu.

Melalui surah al-Qadr ayat 2-5 Allah menyatakan,Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.”

Demikian mulianya malam qadar itu. Sesiapa menemuinya dianggap insan yang beroleh keuntungan kerana segala amal ibadah sepanjang malam berkenaan akan diberikan ganjaran pahala melebihi malam lain.

Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari malam qadar secara konsisten sepanjang Ramadan. Tidak perlu menunggu sepuluh malam terakhir baru hendak bersungguh-sungguh beribadah sedangkan malam sebelumnya kita sambil lewa saja.

Jika hal itu terjadi, kesungguhan kita tidak ditemukan Allah kepada lailatul qadar. Ini kerana lailatul qadar untuk orang beriman, bertakwa dan beramal ibadah secara konsisten sepanjang Ramadan dan bulan sebelumnya.

Oleh itu, sebagai memenuhi hasrat dan keinginan untuk menemui malam lailatul qadar itu, kita mesti sentiasa melaksanakan amal ibadah dengan kekuatan hati tanpa mengira sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir Ramadan. Yang penting kita berazam dan terus menunaikan semua ibadah fardu dan sunat dengan keyakinan padu demi mengharapkan keredaan Allah.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.

Dalam mencari malam al-Qadar, kita perlu meneladani apa yang ditunjukkan Rasulullah kepada kita. Menjelang sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah berjaga sepanjang malam untuk beribadah dan membangunkan semua anggota keluarganya. Baginda membangunkan keluarganya untuk bersolat pada malam sepuluh terakhir sedangkan baginda tidak berbuat demikian pada malam sebelumnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Dzar r.a sabda Nabi,“Bahawasanya Rasulullah melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya baginda mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja

Inilah bukti Rasulullah sangat mengambil berat mengenai solat pada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sebagai umatnya kita wajar mencontohi Rasulullah dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan aktiviti ibadah.

Ibu bapa sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak bagaimana cara terbaik memanfaatkan peluang keemasan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui lailatul qadar. Dengan ibadah berterusan tanpa jemu dan penuh tawaduk kepada Allah kita pasti menemuinya. Mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh mencari malam al-Qadar itu? Malam lailatul qadar adalah malam pintu langit dibuka, doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Sabda Nabi yang bermaksud, "Barang siapa mendirikan solat pada lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya diampunkan dosanya yang lalu.’ (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih)

Langkah terbaik untuk memenuhi malam sepuluh terakhir Ramadan ialah dengan menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan bertaubat dengan tulus ikhlas.
Dalam mencari malam lailatur qadar,Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.

Katanya, jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 RamadanJika awal Ramadan jatuh pada malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21

Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaatmalam lailatul qadar akan berlaku pada Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan manakala jika awal Ramadan pada diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.

Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir.

Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”

Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah,,

Ahad, 6 September 2009

pakej terhad...

salam...

Syukur alhamdulillah kerana masih lagi di beri kesempatan dan tenaga untuk saya meneruskan sesi penulisan bagi memenuhkan entri yang dah 2hari diam tanpa sebarang isi..bila dah stat menulis ni seronok la pulak..biar la benda yang tak penting pun..hehhe..

Alhamdulillah, Ramadhan sudah pun berada di marhalah ke 2..namun, bagaimanakah tahap pengabdian diri kita kepada Allah s.w.t??tadarus dah khatam atau belum??

15 ramadhan telah pun kita lalui dengan jayanya, insyaAllah, harapannya ibadah sepanjang 15 ramadhan ini mago-moga diterima oleh Allah s.w.t...keikhlasan kita dalam menjalani ibadah di bulan yang mulia ini hanya Allah s.w.t yang dapat mengadilinya..adakah ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan yang lepas???hanya kita sendiri yang dapat menilai tahap kemajuan diri dengan melihat sejauh mana ketegasan kita dalam mengabdikan diri untuk Allah s.w.t..dan marilah kita sama-sama muhasabah diri dengan apa yang telah kita lalui selama ini..jadikan 15 ramadhan yang selebihnya ini sebagai tiket untuk kita merebut peluang mencari keredhoaan Allah s.w.t dan juga merebut untuk mendapatkan malam yang agung disisi Allah s,w,t..pakej terhad di bulan Ramadhan..malam lailatul qadr....

Khamis, 3 September 2009

Rintihan haTi..zulFan

salam...


sukar berlaboh
sebuah bahtera keinsafan
memberanikan aku sebagai nakhoda
dilautan luas gelombang y dtg
mhanyutkan segala kemudi ke dasar dosa

kucekalkan diriku
bergapaian air mata
menuju bahtera ke pulau redho
kupasakkan hatiku meredah gelombang cinta
yang luas menggunung menghempas dosa

kalau tiba ke pantai putih
hamparan pasir permaidani
terbentang luas rahmat dan kasih sayangmu

kembali bertawajud
dipulau yg redho ini
kuhindarkan naluri
segala mazmumah diri
kealunan lautan
bertiup bayu kesempurnaan
ditaman itu jiwa bersemadi

kering danau nurani bersih
menyubur airmata yang gugur
menyerah diri kpd allah
mendamba kasih menghina diri
syukur hamba dgn keinsafan
telah mghijrah akan diri ku
kebawah naungan keampunan
hidup matiku hanya untukmu

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget