salam...
bismillah...
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia"
"Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi
Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,
Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,
Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
"apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.."
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat Muslim)
Pesan Sayyidina Umar Al Khattab R.A: "..Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu, dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub, dan kesempurnaan syukur ialah menyedari kekurangan -kekuranganmu.."
Amazing Facts About the Human Body
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan