salam..
bismillah...
Konsentrasi terganggu sebentar..tapi di alihkan juga fikiran dan pandangan pada kitab Fawasil yang sudah terbuka luas..bersedia untuk dibaca dan difahami oleh tuan empunya..namun, fikiran masih lagi terganggu dengan kejadian kelmarin..Panggilan yang tidak di undang dan nombor yang tidak dikenali terpampang di skrin telefon Sony W380i ku..masih cuba menguatkan diri untuk terus murajaah dan cuba untuk memahami setiap isi dalam tentang ilmu Fawasil bagi fasa ini…
Tumpuan pada kitab tiba-tiba hilang.. incident semalam menggantikan tempat dalam kotak fikiran nie.. bercelaru, serabut dan sewaktu dengannya…semua ada..hilang focus.. marah pada diri sendiri.. “kenapa nak ingat-ingat benda macam nie?? Tak masuk exam pun… “ tapi, disebabkan benda yang tak penting itulah ia tiba-tiba meresap dalam diri dan fikiran ni..ishk3..buang masa je sebenarnya.. bukannya nk ingat-ingat sangat pun..tapi bila dah orang kata kita ni “ kurang ajar” tanpa sebab yang rajjih, boleh ke kita nak duduk diam?? Bukan kata nak serang dia balik tapi, ketidak puasan hati tu tibe-tibe menyirap, marah memberontak memaksa diri untuk di luakkan.. namun, istighfar tetap tak lekang di bibir dan hati ni.. apa sebenarnya yang terjadi?? Semuanya gara-gara seorang yang tidak dikenali dirinya beberapa minggu yang lalu,di takrufi kononnya dia ni kawan kepada kawan kolejku dulu.. tapi, dia juga agak dikenali oleh segolongan sahabat-sahabatku disini..kononya juga nak bantu adik-adik Qiraat tahun 1 masuk exam..nak tolong hidupkan Visa mereka..kami hargai pertolongan “ustaz” itu..tapi kalu nak tolong buatlah cara nak tolong..ini tidak..menjaja nama orang tak tentu pasal..ok lah , hal ni saya tak nak ungkit sangat..tapi apa yang saya geram, dia dah sampaikan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain salah faham..apa motif dia sebenarnya?? Sengaja nak jual nama dan nombor phone saya pada orang yang saya tak kenal… sapa tak marah..sabar kita ada hadnya..kalu orang dah cuba nak mengeksploitasi kita, mempermainkan dan memperlekehkan kita dan menggunakan nama kita untuk kepentingan sendiri, kita ada hak untuk bertindak..tapi, saya masih lagi berfikiran waras tika itu..saya tak amik apa-apa tindakan pada dia..saya masih lagi bersabar dan menunggu apa tindakan seterusnya yang dia akan buat..jangan ingat kami perempuan tak ada maruah,lembut kami ada tempatnya..jangan ingat kami ni terlalu lemah bila di tentang dengan cabaran kalian “ orang lelaki”..
KURANG AJAR??
“ kenapa awak ni kurang ajar sangat??” itulah kata-kata yang dilemparkan pada saya setelah salamnya disambut dengan baik..pada mulanya saya masih lagi bercakap dengan nada yang lembut, nada seorang wanita yang cuba menyorokkan rasa pedih bila dituduh sedemikian tanpa sebarang bukti..hanya mendengar disebelah pihak sahaja..adilkah namanya?? Kini barulah saya sedar, begini rupanya perasaan orang yang dituduh dan di zalimi oleh indivudi yang tidak dikenali tanpa sebab..selepas bertubi-tubi saya di serang, kesabaran saya hilang kawalan..saya mula bercakap dengan nada yang kasar..amat kasar sehinggakan saya sendiri dapat menyedarinya yang suara saya dah tahap kritikal..tersekat-sekat menahan sebak dan hampir-hampir hilang suara..( tapi lepas tu ok balik)…nak cerita kata, saya sendiri belum pernah memarahi orang lelaki dengan nada yang sebegitu..bila difikir-fikir balik memang tak sepatutnya dan tak masuk dek akal saya bertindak sebegitu..tapi, bila dah nafsu marah menguasai diri dan jiwa seseorang manusia itu, maka kewarasannya akan hilang secara automatic..sebab itulah Nabi berpesan, sekiranya kamu marah, duduk lah..jika masih lagi marah maka baring lah, sekiranya masih lagi marah, maka berwudhuk lah..maka itulah yang saya lakukan semalam…( tapi selepas talian di matikan dan selepas saya mengadu kepada orang yang wajib mengetahui hal yang berlaku)…
Bila difikirkan semula..semua ini adalah ujian..ujian sentiasa datang bertamu hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya boleh menerima.. ujian yang datang untuk menguji tahap keimanan kita sebagai seorang muslim.. tapi apa yang berlaku pada saya kelmarin memang benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran saya seorang wanita… sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran akan berlaku.. itulah perancangan dan strategi Allah taala untuk hambaNya..
Kejadian semalam memang mengajar saya untuk tidak terlalu mudah menjawab dan berkenal-kenal dengan orang yang tidak dikenali..semuanya ada udang disebalik “mee”.. adakah ini perancangan awal “mereka-mereka” yang cuba nak membuat “kacau”?? jangan ingat kami mudah untuk mendengar kata-kata manis “ kalian”…
emmm…biar lah..jangan di ikutkan sangat marah hati ini..” getus hati, menyejukkan bara yang tersimpan semalaman.. Lamunan dan marahku terhenti, pabila pintu bilik dikuak perlahan oleh Aisyah, roomateku.. diberi salam dan salamnya disambut perlahan antara dengar ngan tidak..tapi diyakini bahawa jawapanku itu didengarinya…
Kitab Fawasil ditenung kembali..mengambil ‘port’ seperti biasa..mana lagi kalu tak atas katil.. study atas katil memang seronok..tapi yang tak tahannya kalu mata terpaku melihat bantal-bantal yang empuk tu..hehehe…
Ya allah, ya Tuhanku..ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosa mereka yang cuba menyakiti hamba-hambaMu.. tenangkanlah hati kami..lapangkanlah dada kami..jauhilah kami dari sifat-sifat Mazmumah..jauhilah kami dari perkara-perkara yang keji ..kuatkanlah hati kami dalam menghadapi ujianMu ini….jangan Kau bebani kami dengan ujian yang berat..ujian yang kami sendiri tak dapat nak tanggung..Ya Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya Engkau maha penyayang lagi maha pengasihani..Faghfirli zunubi Ya allah…..
Amazing Facts About the Human Body
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan