About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Jumaat, 30 Julai 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

 bismillah...
salamanisemanisenyumanmu...

Begitumudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
syukur.jpg
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan


 
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). 

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”

  Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji
 
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Khamis, 29 Julai 2010

Jika Isteri menangis dihadapanmu....

 bismillah...
salamanisemanisenyumanmu...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Jumaat, 9 Julai 2010

Dari hati ke hati...

Bismillah..
Salamanisemanisenyumanmu..


Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejak kembali. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan pasti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak mungkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.

    Ayuh kawan! Kuburkan sahaja bencana yang menimpa. Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang.

Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan. Dan percubaan penentu kejayaan. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.

    Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan. Dilanda taufan bergelombanglah ia.

Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa. Dan perjalanan masih aneh pula. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya.

    Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.

Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman. Kerana ia takkan kemana. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti.

Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.

Dari itu wahai kawan,

Biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. 

Dan bila masa pergi ia tak bisa menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.

Menjana Isteri Solehah dalam Dunia Kontemporari

BismillahirRahmaanirRahiim
Salamanisemanisenyumanmu..

Dalam penghidupan manusia sejagat, lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi. Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita. Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami, tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang dikehendaki oleh agama kita?.......

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

· Menjaga nilai kemanuasian
· Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
· Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
· Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
· Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti 
1. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti. Salah satunya surah an-Nisa, at-Talaq dan lain-lain.
2. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.
Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah?

1. Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
  * Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasan rumahtangga yang hormani. Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan.

2. Penjagaan diri dalaman dan luaran
 * Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami. Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .
3. Moral dan akhlak
 * Dalam hal ini, segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami, semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya. Tangungjawab pada suami didahulukan.
4. Spiritual dan kesabaran
 * Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.

5. Meletakkan ajaran agama sebagai asas
 * Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada:
1. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04. Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :

1. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
2. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
3. Hidup dalam suasana riang, tenteram, damai dan hormani
4. Memelihara syariat
5. Memandang dan menghormati agama
6. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana 
7. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

"Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku, tetapi jika aku menyeleweng maka betulkan aku.... " -Saidina Abu Bakar R.A-

Redha Dengan Takdir Allah Adalah Sifat Orang Mukmin

bismillah.
salamanisemanisenyumanmu...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup kita di dunia ini adalah umpama putaran roda kenderaan. Ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa senang dan ada masa susah. Hati kita juga berubah-rubah, ada masa tenang dan ada masa gundah gulana. Ada masa seronok dan yakin dengan ketentuan Allah tetapi ada masa resah gelisah, kecewa, fobiah, truma dan kadangkala terdetik kenapa berlaku ke atasku? Apa kesalahanku?

Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Saamada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah s.w.t atau pun tidak.

Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah"
(Surah Al-Hajj ayat 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

Walaupun sesuatu peristiwa itu yang berlaku di atas ketentuaan Allah tetap Allah s.w.t memberi pilihan manusia untuk berubah, berusaha, berikhtiar dan berdo'a.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Rasulullah bersabda maksudnya :: “Tiada suatu yang boleh menolak(mengubah)qadha' melainkan doa”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman maksudnya : 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Berdasrkan hadis di atas hanya do'alah satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ulama mencadangkan bahawa bila berdo'a perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah s.w.t.

Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku"

Bahawa bila kita yakin Allah akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga Muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin bahawa Allah mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Semua makhluk Allah sama ada yang bernyawa seperti manusia, binatang atau benda yang bernyawa seperti jin dan seumpanaya tidak ada kuasa untuk mendatangkan manfaat atau sebaliknya boleh mendatangkan bahaya. Semuanya dengan izin Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Hai anak ! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatinya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan suatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah ke atas engkau dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau……." (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah s.w.t.. Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah s.w.t maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap Qadha' dan Qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, forbia, truma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.

Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.

Alangkan mulianya hati orang Mukmin hidupnya sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan sentiasa berdakwah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan. Allah s.w.t akan memberi sakinah (ketenangan) dan kebahagiaan di dunia dan di hari akhirat dan akan di tempatkan oleh Allah s.w.t di Syurga Firdaus yang paling tinggi tanda kecintaan Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya.

Rabu, 7 Julai 2010

Persiapan walimah,

Bismillahirrahmanirrahim..
Salamanisemanisenyumanmu..

Haa..msti suka kan baca tajuk entri kat atas 2.. Dia berperasaan sendiri,mcm la ada org nk bk atau nk bc blog dia..xpela,bg y sudi meluangkan ms membuka dan membaca 2,dia ucapkan jutaan terima kasih yang xtehingga..yg xsudi 2,xpela nti buat2 sudi ek..he3..dia tersenyum sorg2..

Sebenarnya persiapan walimah 2 untuk exco DPMM(Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah) dgn zaujahnya..i.allah mjlisnya akn diadakan pd esk pg..dia ditugaskan tuk wt persiapan pelamin kat dewan td..( Tu pn nk citekan),bukan pe sj je..sehari suntuk dia ngn beberapa sahabatnya y mahir dlm bab hias menghias ni,bertapa di markaz DPJA td..dr pg smpai ke petang..dia tukang tgk dan mengomen je,nk buat jauh skali..xde bakat dlm bab 2..hu3,hasilnya agak memuaskan hati mereka sume.. wlpn xbrapa cntik dmata y melihatnya namun bg mereka y btungkus lumus td,itu mmg dh ckup cantik..mencabar jgk buat benda alah 2..kalu kt mesia senang je,tempah mak andam atau pn amik pakej je..senang..kt cni sume kena wt sendiri kak oi..pandai2 la..nk kawen kt cni,cm 2 la..(yeke??),dia tersenyum kelat..xtau np..he3,

Dah la,2 je pn nk cite..seru hati agar sgera meng'stop'kan entrinya..dia membetolkn kedudukan jari jemarinya dr menekan keypad hp nya..sebenarnya,dia cuba menahan sakit kepalanya yg dtg menjengah dgn tiba2..sakit yg xdpt dikawal..tp di tahan jgk smbil menekan nekan ubun2 kepalanya dgn jari jemarinya,sama seperti menekan keypad hp.,ya allah..sakitnya..dia kembali ke alam nyata..

Buat pasangan pengantin esok..barakallahu lakuma..mg bahagia hingga ke syurga..ameen..

Isnin, 5 Julai 2010

Rinduu sangat...

Dimulakan dgn Bismillah..
Salamsemanisenyumanmu..

Rindu adalah fitrah bg stiap insan..anugerah yg tak tehingga dari Allah s.w.t buat hambaNya..jadi salurkanlah kerinduaan itu dengan betul agar ada rahmat disebaliknya..

Ye,stiap kali kita berjauhan dgn org yg kita syg,sdh tentu kerinduan sedia dan setia menemani..stiap lagak,tingkahlaku,feil perangai,karenah,raut wajah dan yg sewaktu dgnnya bermain2 di kotak minda kita..mana mugkin semua itu bisa di lupakan..begitulah yg sedang dilalui oleh dia skrg ni..rindu yg tak terucap..stiap gerak geri,patah bicara sentiasa dibawa bersama..menjadi azimat sepanjang masa..

Rindu pada Keluarga..
Biase la,kalu berjauhan msti rndu rnduan..itulah jalan untuk kita melebarkan lg sayap dalam kita mengukuhkan dn menguatkn lg ikatan kekeluargaan..silaturrahim itu penting..walaupun br sj bpisah dgn fmly beberapa bln yg lalu,namun rindu itu tetap btandang..hadir dlm diri bersedia untuk berperang dgn jiwa..dan perasaan bersedia mengawal keadaan..alhamdulilah evrythng is ok..

Rindu teman2 seperjuangn..
Teman seawal tadika (PASTI) kok lanas,teman sepermainan Sek Keb Desa Pahlawan dan SK kok Lanas,teman sepencarian ilmu di awal usia remaja, SMUA Maahad Syamsul Ma'arif Pulai Chondong dan teman2 sealiran sefikrah dan seperjuangan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta rndu pd seluruh tenaga pendidik,pengajar dan pensyarah..jasa kalian terlalu byk..hanya kejayaan yg mampu kami balas..

Rindu pada yang tiada..
Paling dirindui pada insan y telah 'pergi' mengadap ilahi..hanya doa mengiringinya..ya allah betapa hati ini merinduinya,Kau sampaikanlah rindu ini kepadanya,agar dia tahu bahawa kami sentiasa merindui dan mengingatinya..
Abah, adik rindukan suara halus abah ketika berbicara dgn kami,
Adik rindukan ketegasan abah dlm mendidik kami,
Adik rindukan senyuman mesra dan manis abah..
Adik rindu nak tasmik Quran ngn abah..
Dalam tak sedar airmata membasahi pipi tatkala terkenangkan arwah abahnya yg dah 3tahun pergi mengadap yang maha Esa..sejak keberadaannya di bumi kinanah ini,seringkali mimpikan arwah abahnya..walau seketika cuma tapi pengakhirannya ckup syahdu..pelukan yang erat dgn penuh kasih sayang di hadiahkan buat ank kecilnya,tanda perpisahan dlm dunia mimpi..itulah yang diminta olehnya ketika hayat arwah abah msh ada,namun tak kesampaian kerana abahnya hanya mampu terbaring kaku dikatil hospital btemankan wayar2 y beserabut di badan..alhamdulillah,allah makbulkan jua doanya..doa seorg ank y rindukan pelukan ayahandanya..mg allah mencucuri rahmat ke atas roh abah..

Rindu pada sang Pencipta dan RasulNya..
Bagaimana dgn rindu pada Allah dan Rasul?mg ia sntiasa tersemat d hati..mg allah sentiasa menjaga hatiku dan imanku dlm melaksanakan segala perintah dan menghindari dr sgla larangannya..bermuhasabah dia seorang diri,,mg dgn izin allah taala,idup dan matinya diredhoi allah selalu..

Sahabatku,,Rindulah selagi kita diberi masa untuk merindui..sebelum ia di tarik balik..

Selamat berjuang,

Sedari..

Dengn nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
Salamsemanisenyumanmu,,

Berlalu sudah bln Jun..Julai dtg menggantikan diri,menghiasi dan memeriahkan lg tahun 2010..namun,Rejab masih lagi bersama kita,menemani hari2 kita untuk merebut dan mencuri masa dgn memperbanyakkan amal ibadat..mg dgn niat y ikhlas dlm melaksanakan amal y dtuntut olehNya dpt kita peroleh pahala yg setimpal..

Sebulan 1 entri je?keluh hati smbil bermain2 dgn jari jemari..bersedia untuk menaip keypad hp sonynya..seperti biase,hobinya hanya gemar membuka dan membaca tulisan dari sahabat2 bloggernya yg lain..lebih senang dan lebih manfaat dr blognya sendiri..bukan tak de idea nk menulis,tp masa dan mood memainkn peranan yang penting dlm sesebuah penulisan.ditambah pulak kena ada motif dan pengisian yg baik untuk sesebuah entri..terkadang dia cemburu bila membuka dan membaca tulisan atau entri dr shbt2 bloggernya..cemburu dgn ilmu yg mrk ada..tp kadang2 dia mengutuk dirinya sendiri di atas kesombongannya yg tak berusaha untuk mencari..inilah yg dikatakn dlm pepatah melayu " bodoh sombong"namun dia berusaha untk mengubhnya..biasa lah stiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..manusia tak sempurna..sempat lagi dia bermonolog sbentar,menyedapkan hati sendiri..wlau bgaimanapun,dgn pembacaannya melalui blog2 y lain,sdikit sbyk dpt memberi ilmu dan membuka mindanya untuk terus menggunakan akal y di anugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t..

Sedari dari awal pembikinan blognya,hasil cetusan abang kesayangannya,dia byk menulis entri2 berkaitan dgn dirinya sndri..dia seronok begitu, namun telintas perasaan malu dgn drinya sndri..malu sebab tak dapat nak berkongsi ilmunya dgn org lain..tp dia tetap bersyukur sbb sekurang kurangnya,dgn adanya medium sebegini dpt dia mengaut sdikit sbyk dan bkgsi ilmu dgn blogger y lain..
Terima kasih buat semua..manfaatkn setiap ilmu yang diperolehi..praktikkan mengikut tempat yang sesuai..moga allah merahmati dan meredhoi perjuangan kita semua..
Takbir..allahu akbar..

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget