About

Foto saya
Musafir di Bumi Kinanah... mencari secangkir ilmu buat bekalan hidup. Moga segala impian dan cita-citaku kan mampu kugapai...

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..

kAsiH TeRciPtA UntUk SeLamaNya..
kEluArGa BaHaGia MemBaWa Ke sYurGa..

Jumaat, 3 September 2010

home sweet home

Bismillah..
Salamanisemanisenyumanmu..

Ramadhan kareem..allahu akram..masih belum terlambat untuk sy ucapkan selamat menjalani ibadat puasa pada tahun ini..1431 hijrah dan salam Lailatul Qadar buat pencari dan pencintanya..anggaplah ini merupakan Ramadhan y terakhir buat kita..semoga ianya lbh baik dr tahun2 y sebelumnya..

Pada 31 ogos yang lalu,bilamana segelintir rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan dgn penuh rasa gembira, aku huga turut merasainya..malah lebih dari itu..bkn gembira sebab meraikan hari bersejarah dan dam kegemilangan malaysia tapi....hehehe...sila baca di bawah..SMS antara saya dan Abe Ngoh..

A.N : nok kelik mesia ko??
izki: tnyo buleh..sapo xsey balik..tapi kalu ado tiket sponser la..hehe..
A.N : tiket berapo hrga??pekse bilo??
izki : tiket skalo kalu return LE 3K lebih..pekso bln 6..
A.N : kak ngoh oyat ook la pah pekso bln 6 deh..
izki : a.ngoh ni..ingat ko nk ajok kelik skali..hehhe..wat ore xcited jah..xpo laa...
A.N : kalu kelik skali nge a.ngoh, dan ko balik mansurah kemas barang??
izki : hah??betol ko ni??hehe..dan sangat jah kalu adik balik esok(1 hb.9 )..
A.N : emm..kito tgk la lagumana nati..hehhe..

Bebarapa minit selepas SMS..a.ngoh tepon..

A.N : adik ejo nm adik lagumn??
izki : (terkejut) bakpo??..( sambil memberi tahu ejaan betol pada namaku..)
A.N : a.ngoh nk booking tiket ni..kalu ado kelik skali  nge a.ngoh..
izki ; masih lagi tak percya..betol ko ni ??k.ngoh xmaroh ko??
A.N : xpo k.ngoh pun suruh jgk adik kelik..wak nemey ummi rayo..siye ko ummi sore..
izki : alhamdulillah..syukran a.ngoh..

Inilah yang di katakan rezki di akhir ramadhan,,,

*********************************

Tepon dan maklumkan pada ummi dan ahlibet Zinnirah..

MUFAJAAH lagi...heheh

Kali kedua pulang ke mesia secara mufajaah..tanpa di rancang..itu lah kehidupan..kita x tahu perangcangan yang dah di tetapkan oleh Allah kepada setiap hambaNya..alhamdulillah..syukur xterkata...a.ngoh n k.ngoh mengerti kehendak dan harapan ummi..ummi mmg berharap saya balik gak tahun ni..hehe..

Kepulangan ku ke Bait Zinnirah di sambut dengan wajah yang sugul dari kesemua adik2 zinnirah yang di sayangai..doeang xleh nk terima kenyataan yang kak zatie dorang balik..mmg kesian..tapi nk wat caner..bkn akk nk sangat pun adik2..maafkan akk ek...mana xsugul dan sedih..janji ngan dorang nk buat kueh raya dan cari baju raya sama2...masak tuk raya sama2..tapi alih2 k.zatie nk balik..sume tergendala..rungut adik2ku..semua plak tu..kalu sorang dua xpe gak..hehe..lawak je adik2 ni..tp korang mmg best..walaupun xrela nk melepaskan tapi terpaksa pasrah dengan keputusan ini...love u all babe...

Pas asar terus kami g sikah,,membeli belah cari baju@jubah yang berkenan..saya ikutkan kehendak dorang jee..amik hati dorang..hehe..sonok tgk wajah ceria dorang ni..jejej..malamnya kami sama2 buat biskut raya..ALMOND LONDON ZINNIRAH..alhamdulillah sentuhan pertama kami menjadi.. so sekarang ni kueh raya yang sempat saya buat ha\ya 2 jenis..SARANG SEMUT dan ALMOND LONDON..hehehe..buat adik2 makan kueh raya nti jgn lupa akk tau..

.huhuu..orang yang paling sibuk membantu dan mencari barang untuk saya ialah..Pipah a.k.a pipot..heheh..sj nk bg dia marah..dia xsuka sya pggil dia cam tu..ke hulu ke hilir dia berusaha mencari BARAKAH..tuk saya dan tuk dia sama..obyt a.k.a ziqah dan tma a.k.a timah jg xkurang hebatnya..2 3 arini dorang je yang masak.k.zatie dorang langsung x masuk dapo..heheh..dorang jgk la y pi mai pi mai kuar masuk Suq ( pasar )..mencari buah dan pape yang patut..xupa jgk buat mira a.k.a amirah..k.zatie dorang relex jee..heheh..sume adik2 buat..

sekarang ni obyt ngn timah ngah masak..nk wat nasik jagung..sedap tuu...org mesia xpenah mmakan kan??hehe..nti sy buatkan..jap lagi nk g suq..tukar buah rumman ( delima )..sume y di beli xmerah..so nak try g tukar kalu dapat alhamdullah..syukur..kalu xdpt..terpaksa beli lain..cr yang merah...

emm..pe lg ek..haa..doakan sya yee..lepas asar kami bertolak ke mator ( airport cairo )..chek in kul 9 mlm..flight kul 1 pagi 4 hb..doakan semua selmaat dan dipermudahkan...

buat adik adik akk...pipah, obyt, timah dan mira..dan juga nana...terima kasih kerana sudi membantu akk..mencari itu dan ini...thn depan kita raya sama2 ek..i.allah..

Jumaat, 30 Julai 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

 bismillah...
salamanisemanisenyumanmu...

Begitumudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
syukur.jpg
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan


 
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). 

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”

  Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji
 
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Khamis, 29 Julai 2010

Jika Isteri menangis dihadapanmu....

 bismillah...
salamanisemanisenyumanmu...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Jumaat, 9 Julai 2010

Dari hati ke hati...

Bismillah..
Salamanisemanisenyumanmu..


Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejak kembali. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan pasti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak mungkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.

    Ayuh kawan! Kuburkan sahaja bencana yang menimpa. Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang.

Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan. Dan percubaan penentu kejayaan. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.

    Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan. Dilanda taufan bergelombanglah ia.

Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa. Dan perjalanan masih aneh pula. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya.

    Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.

Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman. Kerana ia takkan kemana. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti.

Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.

Dari itu wahai kawan,

Biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. 

Dan bila masa pergi ia tak bisa menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.

Menjana Isteri Solehah dalam Dunia Kontemporari

BismillahirRahmaanirRahiim
Salamanisemanisenyumanmu..

Dalam penghidupan manusia sejagat, lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi. Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita. Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami, tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang dikehendaki oleh agama kita?.......

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

· Menjaga nilai kemanuasian
· Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
· Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
· Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
· Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti 
1. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti. Salah satunya surah an-Nisa, at-Talaq dan lain-lain.
2. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.
Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah?

1. Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
  * Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasan rumahtangga yang hormani. Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan.

2. Penjagaan diri dalaman dan luaran
 * Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami. Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .
3. Moral dan akhlak
 * Dalam hal ini, segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami, semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya. Tangungjawab pada suami didahulukan.
4. Spiritual dan kesabaran
 * Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.

5. Meletakkan ajaran agama sebagai asas
 * Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada:
1. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04. Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :

1. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
2. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
3. Hidup dalam suasana riang, tenteram, damai dan hormani
4. Memelihara syariat
5. Memandang dan menghormati agama
6. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana 
7. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

"Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku, tetapi jika aku menyeleweng maka betulkan aku.... " -Saidina Abu Bakar R.A-

Redha Dengan Takdir Allah Adalah Sifat Orang Mukmin

bismillah.
salamanisemanisenyumanmu...

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup kita di dunia ini adalah umpama putaran roda kenderaan. Ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa senang dan ada masa susah. Hati kita juga berubah-rubah, ada masa tenang dan ada masa gundah gulana. Ada masa seronok dan yakin dengan ketentuan Allah tetapi ada masa resah gelisah, kecewa, fobiah, truma dan kadangkala terdetik kenapa berlaku ke atasku? Apa kesalahanku?

Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Saamada ia hendak redha atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah s.w.t atau pun tidak.

Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah"
(Surah Al-Hajj ayat 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

Walaupun sesuatu peristiwa itu yang berlaku di atas ketentuaan Allah tetap Allah s.w.t memberi pilihan manusia untuk berubah, berusaha, berikhtiar dan berdo'a.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Rasulullah bersabda maksudnya :: “Tiada suatu yang boleh menolak(mengubah)qadha' melainkan doa”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman maksudnya : 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Berdasrkan hadis di atas hanya do'alah satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ulama mencadangkan bahawa bila berdo'a perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah s.w.t.

Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku"

Bahawa bila kita yakin Allah akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga Muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin bahawa Allah mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan Allah s.w.t.

Semua makhluk Allah sama ada yang bernyawa seperti manusia, binatang atau benda yang bernyawa seperti jin dan seumpanaya tidak ada kuasa untuk mendatangkan manfaat atau sebaliknya boleh mendatangkan bahaya. Semuanya dengan izin Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Hai anak ! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya ia pelihara engkau. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatinya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan suatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskannya oleh Allah ke atas engkau dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang sudah dituliskannya oleh Allah atas engkau……." (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah s.w.t.. Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah s.w.t maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap Qadha' dan Qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, forbia, truma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.

Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.

Alangkan mulianya hati orang Mukmin hidupnya sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan sentiasa berdakwah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan. Allah s.w.t akan memberi sakinah (ketenangan) dan kebahagiaan di dunia dan di hari akhirat dan akan di tempatkan oleh Allah s.w.t di Syurga Firdaus yang paling tinggi tanda kecintaan Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya.

Rabu, 7 Julai 2010

Persiapan walimah,

Bismillahirrahmanirrahim..
Salamanisemanisenyumanmu..

Haa..msti suka kan baca tajuk entri kat atas 2.. Dia berperasaan sendiri,mcm la ada org nk bk atau nk bc blog dia..xpela,bg y sudi meluangkan ms membuka dan membaca 2,dia ucapkan jutaan terima kasih yang xtehingga..yg xsudi 2,xpela nti buat2 sudi ek..he3..dia tersenyum sorg2..

Sebenarnya persiapan walimah 2 untuk exco DPMM(Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah) dgn zaujahnya..i.allah mjlisnya akn diadakan pd esk pg..dia ditugaskan tuk wt persiapan pelamin kat dewan td..( Tu pn nk citekan),bukan pe sj je..sehari suntuk dia ngn beberapa sahabatnya y mahir dlm bab hias menghias ni,bertapa di markaz DPJA td..dr pg smpai ke petang..dia tukang tgk dan mengomen je,nk buat jauh skali..xde bakat dlm bab 2..hu3,hasilnya agak memuaskan hati mereka sume.. wlpn xbrapa cntik dmata y melihatnya namun bg mereka y btungkus lumus td,itu mmg dh ckup cantik..mencabar jgk buat benda alah 2..kalu kt mesia senang je,tempah mak andam atau pn amik pakej je..senang..kt cni sume kena wt sendiri kak oi..pandai2 la..nk kawen kt cni,cm 2 la..(yeke??),dia tersenyum kelat..xtau np..he3,

Dah la,2 je pn nk cite..seru hati agar sgera meng'stop'kan entrinya..dia membetolkn kedudukan jari jemarinya dr menekan keypad hp nya..sebenarnya,dia cuba menahan sakit kepalanya yg dtg menjengah dgn tiba2..sakit yg xdpt dikawal..tp di tahan jgk smbil menekan nekan ubun2 kepalanya dgn jari jemarinya,sama seperti menekan keypad hp.,ya allah..sakitnya..dia kembali ke alam nyata..

Buat pasangan pengantin esok..barakallahu lakuma..mg bahagia hingga ke syurga..ameen..

Isnin, 5 Julai 2010

Rinduu sangat...

Dimulakan dgn Bismillah..
Salamsemanisenyumanmu..

Rindu adalah fitrah bg stiap insan..anugerah yg tak tehingga dari Allah s.w.t buat hambaNya..jadi salurkanlah kerinduaan itu dengan betul agar ada rahmat disebaliknya..

Ye,stiap kali kita berjauhan dgn org yg kita syg,sdh tentu kerinduan sedia dan setia menemani..stiap lagak,tingkahlaku,feil perangai,karenah,raut wajah dan yg sewaktu dgnnya bermain2 di kotak minda kita..mana mugkin semua itu bisa di lupakan..begitulah yg sedang dilalui oleh dia skrg ni..rindu yg tak terucap..stiap gerak geri,patah bicara sentiasa dibawa bersama..menjadi azimat sepanjang masa..

Rindu pada Keluarga..
Biase la,kalu berjauhan msti rndu rnduan..itulah jalan untuk kita melebarkan lg sayap dalam kita mengukuhkan dn menguatkn lg ikatan kekeluargaan..silaturrahim itu penting..walaupun br sj bpisah dgn fmly beberapa bln yg lalu,namun rindu itu tetap btandang..hadir dlm diri bersedia untuk berperang dgn jiwa..dan perasaan bersedia mengawal keadaan..alhamdulilah evrythng is ok..

Rindu teman2 seperjuangn..
Teman seawal tadika (PASTI) kok lanas,teman sepermainan Sek Keb Desa Pahlawan dan SK kok Lanas,teman sepencarian ilmu di awal usia remaja, SMUA Maahad Syamsul Ma'arif Pulai Chondong dan teman2 sealiran sefikrah dan seperjuangan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta rndu pd seluruh tenaga pendidik,pengajar dan pensyarah..jasa kalian terlalu byk..hanya kejayaan yg mampu kami balas..

Rindu pada yang tiada..
Paling dirindui pada insan y telah 'pergi' mengadap ilahi..hanya doa mengiringinya..ya allah betapa hati ini merinduinya,Kau sampaikanlah rindu ini kepadanya,agar dia tahu bahawa kami sentiasa merindui dan mengingatinya..
Abah, adik rindukan suara halus abah ketika berbicara dgn kami,
Adik rindukan ketegasan abah dlm mendidik kami,
Adik rindukan senyuman mesra dan manis abah..
Adik rindu nak tasmik Quran ngn abah..
Dalam tak sedar airmata membasahi pipi tatkala terkenangkan arwah abahnya yg dah 3tahun pergi mengadap yang maha Esa..sejak keberadaannya di bumi kinanah ini,seringkali mimpikan arwah abahnya..walau seketika cuma tapi pengakhirannya ckup syahdu..pelukan yang erat dgn penuh kasih sayang di hadiahkan buat ank kecilnya,tanda perpisahan dlm dunia mimpi..itulah yang diminta olehnya ketika hayat arwah abah msh ada,namun tak kesampaian kerana abahnya hanya mampu terbaring kaku dikatil hospital btemankan wayar2 y beserabut di badan..alhamdulillah,allah makbulkan jua doanya..doa seorg ank y rindukan pelukan ayahandanya..mg allah mencucuri rahmat ke atas roh abah..

Rindu pada sang Pencipta dan RasulNya..
Bagaimana dgn rindu pada Allah dan Rasul?mg ia sntiasa tersemat d hati..mg allah sentiasa menjaga hatiku dan imanku dlm melaksanakan segala perintah dan menghindari dr sgla larangannya..bermuhasabah dia seorang diri,,mg dgn izin allah taala,idup dan matinya diredhoi allah selalu..

Sahabatku,,Rindulah selagi kita diberi masa untuk merindui..sebelum ia di tarik balik..

Selamat berjuang,

Sedari..

Dengn nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
Salamsemanisenyumanmu,,

Berlalu sudah bln Jun..Julai dtg menggantikan diri,menghiasi dan memeriahkan lg tahun 2010..namun,Rejab masih lagi bersama kita,menemani hari2 kita untuk merebut dan mencuri masa dgn memperbanyakkan amal ibadat..mg dgn niat y ikhlas dlm melaksanakan amal y dtuntut olehNya dpt kita peroleh pahala yg setimpal..

Sebulan 1 entri je?keluh hati smbil bermain2 dgn jari jemari..bersedia untuk menaip keypad hp sonynya..seperti biase,hobinya hanya gemar membuka dan membaca tulisan dari sahabat2 bloggernya yg lain..lebih senang dan lebih manfaat dr blognya sendiri..bukan tak de idea nk menulis,tp masa dan mood memainkn peranan yang penting dlm sesebuah penulisan.ditambah pulak kena ada motif dan pengisian yg baik untuk sesebuah entri..terkadang dia cemburu bila membuka dan membaca tulisan atau entri dr shbt2 bloggernya..cemburu dgn ilmu yg mrk ada..tp kadang2 dia mengutuk dirinya sendiri di atas kesombongannya yg tak berusaha untuk mencari..inilah yg dikatakn dlm pepatah melayu " bodoh sombong"namun dia berusaha untk mengubhnya..biasa lah stiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..manusia tak sempurna..sempat lagi dia bermonolog sbentar,menyedapkan hati sendiri..wlau bgaimanapun,dgn pembacaannya melalui blog2 y lain,sdikit sbyk dpt memberi ilmu dan membuka mindanya untuk terus menggunakan akal y di anugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t..

Sedari dari awal pembikinan blognya,hasil cetusan abang kesayangannya,dia byk menulis entri2 berkaitan dgn dirinya sndri..dia seronok begitu, namun telintas perasaan malu dgn drinya sndri..malu sebab tak dapat nak berkongsi ilmunya dgn org lain..tp dia tetap bersyukur sbb sekurang kurangnya,dgn adanya medium sebegini dpt dia mengaut sdikit sbyk dan bkgsi ilmu dgn blogger y lain..
Terima kasih buat semua..manfaatkn setiap ilmu yang diperolehi..praktikkan mengikut tempat yang sesuai..moga allah merahmati dan meredhoi perjuangan kita semua..
Takbir..allahu akbar..

Selasa, 15 Jun 2010

bebudi pada tanah...






Alhamdulillah..inilah hasil tuaian dan jagaan Ummi yang ditinggalkan oleh arwah Abah.. Walaupun xsemanis seperti yang asal, yang penting berhasil dan dapat rasa sikit sorang.. Ummi cakap, anggur ni ada la dlm 10 tangkai..waw...best tuu.. Anggur ni masih lagi putik..kalu dah masak akan betukar warna..heheh..warna ungu..( anggur merah)..nyam2..skrg ni musim cuti sekolah..anak2 sedara sume balik...msti dorang duk intai tulo buah2 ni..heheh..

Buah Naga ( dragon fruit) tu plak..dah bape kali luruh putiknyer...mgkin sebab tanah xsesuai kot..xcukup protein..heheh..mandai je..isinya xtau lagi jenis yang mn....putih ke, merah ke, ungu ke,..xkisah la yg mn pn..y pasti sume tu aku xdpt makan, merasai keenakan dan kelazatannya..* bajet hampa*..

Cerita disebalik tabir..hehee..

Teratak kami di Taman Perumahan,,coner load..( umh tepi ).. wlapun idup di rumah taman, jgn ingat xleh nk bercucuk taman yer..hehhe.. begini lah hasilnya kalu kita berbudi pada tanah..sabar dengan musuh2 yang cuba nak merosakkan tanaman kita.. dulu, ms nk kenduri achik ngan k,ha, nyaris2 aku suh Ummi buang sume pokok2 yang bejuntai tu...( dahan2 anggur laa..)..serabut mata nengoknyer...beserayut daun2 tu...bajet dah xde hasil la.. ye lah..dh lama benar pokok tu duk cam tu je..xmenunjukkan hasil..tapi, sblm kenduri tu, dia mula menunjukkan hasil yang selama ni menyorokkan diri.. bkn main hepi lagi tuannya (Ummi laa..)..sampai suh barut takut makan dek burung2 liar...sape xsonok  kalu tanaman yyang dibelai dan dijaga bertahun2 lamanya berjaya  menunjukkan hasilnya??cube ckp sape?? hehhee,, k lah..cite skit2 dh la..tunggu pic terbaru plak..tgk hasil perubahan selanjutnya..heheh...

Isnin, 3 Mei 2010

Ummi..ratu hatiku..

Salam,
Bismillah,

Alhamdulillah, ari ni masih lg bersemangat mengadap nota-nota yang masih lagi tak disentuh.. Walaupun 'mood' tak berapa nak ada, tp kena kuatkan jg..mana blh manja-manjakan sangat diri ni.. Kalu Ummi tahu aku malas2, memang nahas la,hehehe..buat ateh ngn k.ha, kalu u all terbaca blog i ni, jangan duk cite plak kt ummi i malas2 ek.. Malas skit je pn.. Em duk study2 ni, tringt sangat2 kt bonda tercinta dan tersayangku kt umah 2.. Ummi msti dah tdo time ni.. Tp kalu saya tepon time cam gini pun, Ummi msti angkat punyer.. Anak keciknya yang jauh dimata tepon katakan, pasti tdk dihampakan..huhuhu..Chewahhh..belagak kejap..

Sebut pasal Ummi ni, ada 1 lirik yg diambil dr kump nasyid yg xbrapa femes lagi,,yang nak ditujukan khas untuk Ummi.. Dan buat anak-anak Ummi yang terbaca entri ni, especialy buat ateh ngn k.ha y sokmo mai jenguk2,sama-sama kita hayati setiap patah kata2 ini..juga bersempena dengan hari Ibu dan hari kelahiran Ummi tersayang yang xlama lagi..


DELUSI UMMI

Kau sentuh cahaya dengan jemarimu
Dibalik tabir mimpi diraungan merindu
Mengimbas di figura kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda..
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu...

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri
Mengusik dini hari..

Ummi engkau kealpaan dambaan igauan
Janji hanya mainan
Gurauan dibibir kau kutip jadi sandaran..

Keperitan itu temanmu yang sejati
Dihujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus bebakti,

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi

Kerna kau yakin
Tuhan lebih mengasihi...

UMMI..

Ya allah ya tuhanku,ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku..panjangknlah umur ummiku..kurniakanlah kesihatan kepadanya agar ummi bisa melakukan amal ibadahnya kepadaMu dengan sempurna, Ya allah, Kau peliharalah Ummi disetiap langkah dan perbuatannya,jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah buat Ummi dan Abah.. Faghfirlana zunubana ya allah..

Ahad, 2 Mei 2010

Terus diuji....dan diuji...

salam..
bismillah...

Konsentrasi terganggu sebentar..tapi di alihkan juga fikiran dan pandangan pada kitab Fawasil yang sudah terbuka luas..bersedia untuk dibaca dan difahami oleh tuan empunya..namun, fikiran masih lagi terganggu dengan kejadian kelmarin..Panggilan yang tidak di undang dan nombor yang tidak dikenali terpampang di skrin telefon Sony W380i ku..masih cuba menguatkan diri untuk terus murajaah dan cuba untuk memahami setiap isi dalam tentang ilmu Fawasil bagi fasa ini…

Tumpuan pada kitab tiba-tiba hilang.. incident semalam menggantikan tempat dalam kotak fikiran nie.. bercelaru, serabut dan sewaktu dengannya…semua ada..hilang focus.. marah pada diri sendiri.. “kenapa nak ingat-ingat benda macam nie?? Tak masuk exam pun… “ tapi, disebabkan benda yang tak penting itulah ia tiba-tiba meresap dalam diri dan fikiran ni..ishk3..buang masa je sebenarnya.. bukannya nk ingat-ingat sangat pun..tapi bila dah orang kata kita ni “ kurang ajar” tanpa sebab yang rajjih, boleh ke kita nak duduk diam?? Bukan kata nak serang dia balik tapi, ketidak puasan hati tu tibe-tibe menyirap, marah memberontak memaksa diri untuk di luakkan.. namun, istighfar tetap tak lekang di bibir dan hati ni.. apa sebenarnya yang terjadi?? Semuanya gara-gara seorang yang tidak dikenali dirinya beberapa minggu yang lalu,di takrufi kononnya dia ni kawan kepada kawan kolejku dulu.. tapi, dia juga agak dikenali oleh segolongan sahabat-sahabatku disini..kononya juga nak bantu adik-adik Qiraat tahun 1 masuk exam..nak tolong hidupkan Visa mereka..kami hargai pertolongan “ustaz” itu..tapi kalu nak tolong buatlah cara nak tolong..ini tidak..menjaja nama orang tak tentu pasal..ok lah , hal ni saya tak nak ungkit sangat..tapi apa yang saya geram, dia dah sampaikan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain salah faham..apa motif dia sebenarnya?? Sengaja nak jual nama dan nombor phone saya pada orang yang saya tak kenal… sapa tak marah..sabar kita ada hadnya..kalu orang dah cuba nak mengeksploitasi kita, mempermainkan dan memperlekehkan kita dan menggunakan nama kita untuk kepentingan sendiri, kita ada hak untuk bertindak..tapi, saya masih lagi berfikiran waras tika itu..saya tak amik apa-apa tindakan pada dia..saya masih lagi bersabar dan menunggu apa tindakan seterusnya yang dia akan buat..jangan ingat kami perempuan tak ada maruah,lembut kami ada tempatnya..jangan ingat kami ni terlalu lemah bila di tentang dengan cabaran kalian “ orang lelaki”..

KURANG AJAR??

“ kenapa awak ni kurang ajar sangat??” itulah kata-kata yang dilemparkan pada saya setelah salamnya disambut dengan baik..pada mulanya saya masih lagi bercakap dengan nada yang lembut, nada seorang wanita yang cuba menyorokkan rasa pedih bila dituduh sedemikian tanpa sebarang bukti..hanya mendengar disebelah pihak sahaja..adilkah namanya?? Kini barulah saya sedar, begini rupanya perasaan orang yang dituduh dan di zalimi oleh indivudi yang tidak dikenali tanpa sebab..selepas bertubi-tubi saya di serang, kesabaran saya hilang kawalan..saya mula bercakap dengan nada yang kasar..amat kasar sehinggakan saya sendiri dapat menyedarinya yang suara saya dah tahap kritikal..tersekat-sekat menahan sebak dan hampir-hampir hilang suara..( tapi lepas tu ok balik)…nak cerita kata, saya sendiri belum pernah memarahi orang lelaki dengan nada yang sebegitu..bila difikir-fikir balik memang tak sepatutnya dan tak masuk dek akal saya bertindak sebegitu..tapi, bila dah nafsu marah menguasai diri dan jiwa seseorang manusia itu, maka kewarasannya akan hilang secara automatic..sebab itulah Nabi berpesan, sekiranya kamu marah, duduk lah..jika masih lagi marah maka baring lah, sekiranya masih lagi marah, maka berwudhuk lah..maka itulah yang saya lakukan semalam…( tapi selepas talian di matikan dan selepas saya mengadu kepada orang yang wajib mengetahui hal yang berlaku)…

Bila difikirkan semula..semua ini adalah ujian..ujian sentiasa datang bertamu hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya boleh menerima.. ujian yang datang untuk menguji tahap keimanan kita sebagai seorang muslim.. tapi apa yang berlaku pada saya kelmarin memang benar-benar menguji tahap keimanan dan kesabaran saya seorang wanita… sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran akan berlaku.. itulah perancangan dan strategi Allah taala untuk hambaNya..

Kejadian semalam memang mengajar saya untuk tidak terlalu mudah menjawab dan berkenal-kenal dengan orang yang tidak dikenali..semuanya ada udang disebalik “mee”.. adakah ini perancangan awal “mereka-mereka” yang cuba nak membuat “kacau”?? jangan ingat kami mudah untuk mendengar kata-kata manis “ kalian”…

emmm…biar lah..jangan di ikutkan sangat marah hati ini..” getus hati, menyejukkan bara yang tersimpan semalaman.. Lamunan dan marahku terhenti, pabila pintu bilik dikuak perlahan oleh Aisyah, roomateku.. diberi salam dan salamnya disambut perlahan antara dengar ngan tidak..tapi diyakini bahawa jawapanku itu didengarinya…

Kitab Fawasil ditenung kembali..mengambil ‘port’ seperti biasa..mana lagi kalu tak atas katil.. study atas katil memang seronok..tapi yang tak tahannya kalu mata terpaku melihat bantal-bantal yang empuk tu..hehehe…

Ya allah, ya Tuhanku..ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosa mereka yang cuba menyakiti hamba-hambaMu.. tenangkanlah hati kami..lapangkanlah dada kami..jauhilah kami dari sifat-sifat Mazmumah..jauhilah kami dari perkara-perkara yang keji ..kuatkanlah hati kami dalam menghadapi ujianMu ini….jangan Kau bebani kami dengan ujian yang berat..ujian yang kami sendiri tak dapat nak tanggung..Ya Allah Ya Tuhanku..sesungguhnya Engkau maha penyayang lagi maha pengasihani..Faghfirli zunubi Ya allah…..

Sabtu, 1 Mei 2010

duhai hati, bersabarlah…

Bismillah…

Aluanan merdu bacaan al-quran dari sheikh saad said al-ghamidi membuatkan hati ini tersentuh..bacaanya yang begitu tartil sekali membuatkan diri asyik..tanpa di sedari bibir ini turut mengikut setiap ayat-ayat yang dibacanya.. pagi ni masih lagi seperti semalam..mendung, dingin dan nyaman..kalau nak diikiutkan sekarang ni dah masuk musim panas, tapi hawa-hawa sejuk masih lagi dapat dirasai..walaupun matahari dah menjengah keluar,dan terik mentarinya sudah mula menemani penduduk di Mansurah yang berada di luar rumah, namun bagi aku yang terperap je kat bilik ini bersama kitab-kitab serta nota-nota yang belum di usik ini yang setia menemaniku, masih lagi berasa dingin dan terkadang rasa sejuk datang menyinggah..sehinggakn masih lagi mengenakan sweater di dalam rumah..

Adakah hati ini sedingin dan semendung pagi ini dan semalam??? Kenapa?? itu lah yang menjadi tanda tnya..( toing toing).. Tak dapat di tafsirkan apa yang bersawang di benak fikiran ini..semua bercampur aduk..tak dapat nk diselesaikan yang mana dahulu sebab kesemuanya menjadi penting bagiku..bila jadi macam ni, teringat plak kat kitab fiqh awlawiyat..emmm.. hati jadi tak keruan bila duk fikir masalah yang bertimbun-timbun ni..( macam lagak Hewi plak..byk masalah..huhuuu)..resah gelisah tiada siapa yang tahu, sengaja di sorokkan..tak nak susahkan orang lain..walaupun terkadang kelihatan “happy go lucky”, sentiasa melemparkan senyuman yang manis( wlpn xmanis mana pun..hehehe), dan bergelak ketawa bersama adik-adik, namun di hati ini hanya Allah yang tahu..keperitan, kesedihan dan keresahan yang melanda.. atau mungkin disebabkan tension nk imtihan??? Adakah itu penyebabnya yang nyata?? Atau sengaja di manjakan hati dan diri ini dengan perkara-perkara yang hanya dipandang remeh oleh setengah orang dan dianggap penting bgku?? Masih buntu memikirkan hal sebegini,kerana belum pernah ianya menjengah masuk dan membiarkan diri ini begini..adakah ini salah satu daripada ujian hidup yang harus di lalui sebagai salah seorang Hamlatul Quran?? Ya Allah, jika benar ini ujian dariMu, Kau peliharalah aku, jiwa aku dan Kau kuatkan hati hambaMu ini… faghfirli zunibi Ya Allah…

IMTIHAN SYAFAWI….

Alhamdulillah 2 hari lepas,tanggal 29 april selesai sudah imtihan kami yang pertama iaitu, imtihan syafawi ( ujian lisan ) bagi maddah Al-Quran dan Qiraat..imtihan kedua akan menyusul seminggu kemudian pada tarikh 8 Mei dan berakhir pada 16 Mei..sedikit ceritera yang berlaku sepanjang sehari kami di maahad Fatayat El-Mansoura..syukrilllah di atas pertolongan dari Allah s.w.t kerana memudahkan segala urusan syafawi kami Qiraat Tahun 2..sesetengah daripada kami pulang dengan keadaan yang puas dan gembira kerana selesai sudah syafawi yang mana bagi kami ia ibarat seperti menyusuri sungai yang ada buaya ganas dan bagi setengah daripada yang lain, mereka hanya berasa lega ( bg yang dah masyi laaaa) dengan berakhirnya imtihan itu..a’la kulli hal kami semua panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan kami..tapi, dalam keadaan kami berseronok melepaskan 1 beban yang di pikul, terdetik rasa sedih, kecewa dan remuk hati..kenapa?? sedih sebab adik-adik Qiraat tahun 1 tak dapat masuk periksa syafawi atas alasan yang kami dan mereka semua ‘terpaksa’ terima.. itulah hakikat perjuangan..pagi itu saya dapat lihat kesungguhan mereka datang ke maahad seawal pagi..awal dari masa yang di tetapkan..tapi akirnya pulang dengan hati yang kecewa dan hambar..sayu melihat wajah-wajah pilu adik-adik..
Buat adik-adik k.Zatie semua, teruskan usaha kalian..jangan sesekali berputus asa..usaha lagi dan cuba lagi untuk menghubungi pihak berkenaan ..i.allah dengan berkat dan kerjasama kita semua akan di nilai oleh Allah s.w.t…jangan kalian bersedih lagi..ini adalah ujian pertama kalian di Ardhu Kinanah.. banyak lagi ujian-ujian lain yang bakal ditempuhi sepanjang keberadaan kita di sini..selagi kita semua di syangi Allah, selagi itulah kita akan senantiasa diujiNya..mohon lah pertolongan kita dalam tangisan yang benar-benar mengharapkan bantuan daripadaNya..mohonlah dengan sepenuh pengharapan..teruskan mengulang dan murajaah..jangan sesekali pandang lagi ke belakang andai itu bisa merobek hati kalian.. ingat hadaf sebenar kita datang ke sini, di sini lah kita akan belajar erti sebenar perjuangan dan belajar mengenal diri sendiri dan yang paling penting, kita dtang ke sini adalah untuk mendambarkan diri mengaut seberapa banyak yang boleh ilmu-ilmu yang ada disini.. selagi kita mampu melaksanakan amanah yang Allah s.w.t perintahkan untuk kita, selagi itulah kita kena percaya dan terima segala ujian, cabaran dan ketentuan yang datang menjengah masuk dalam diri kita…selamat berjuang…

Sabar itu separuh daripada iman…wahai hati-hati yang di sayangi Allah, bersabarlah…

UNTUKMU MANSURAH….

UNTUKMU MANSURAH….

Terpesona dengan kedamaianmu
Setenang Nil mengalir bertasbih syahdu
Jejak syuhada’ menitip wasiat bisu
Berjuang berkorban demi agamaMu

Semusim usia berlalu didakapanMu
Bersama dibelai suka dan duka
Terlukis di kanvas citra
Ukhuwah mawaddah berbunga

Tuhan..syukur ku rafa’kan
Melontarku di bumi bertuah ini
Kudus tarbiahMu ALLAH menyedarkan menginsafkan
Takkan ku siakan nikmat ini

Untukmu Mansurah kasihku tertumpah
Untukmu Mansurah baktikan ku curah
Untukmu Mansurah ku rangkai rasamu
Azimat perjuangan tersemat tertakul di sanubariku

Terima kasih oh Mansurah
Ku kirim sekalung doa dan rinduku
Inginku terus bermukim di persadamu
Malang tanah air ku menggamit sayu

Untukmu Mansurah…..
Dulu kini selamanya….

Isnin, 29 Mac 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN QIRAAT( SMART Q 2010)

salam..
bismillah...


melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

salam..
bismillah..

> Pernahkah anda menatap orang-orang
> yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
> Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
> mereka saat sedang tidur.

> Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
> wajar dan paling jujur dari seseorang.

> Seorang artis yang ketika di panggung
> begitu cantik dan gemerlap pun
> akan tampak polos dan jauh
> berbeza jika ia sedang tidur.

> Orang paling kejam di dunia pun
> jika ia sudah tidur tak akan tampak
> wajah bengisnya.

> Perhatikanlah ayah anda
> saat beliau sedang tidur.
> Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
> dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
> betapa rambut-rambut putih
> mulai menghiasi kepalanya,
> betapa kerut merut mulai terpahat di
> wajahnya.
> Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
> untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
> Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
> perut kita kenyang dan pendidikan kita
> lancar.

> Sekarang, beralihlah. ...
> Lihatlah ibu anda....
> Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
]> yang dulu halus membelai- belai
> tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
> menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
> Orang inilah yang tiap hari
> menguruskan keperluan kita.
> Orang inilah yang paling rajin
> mengingatkan dan
> membebeli kita semata- mata
> kerana rasa kasih dan sayang,
> dan sayangnya, itu sering kita salah
> ertikan.

> Cubalah menatap wajah orang-orang
> yang kita cintai..sayangi itu...
> Ayah, Ibu, Suami,
> Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
> Semuanya...

> Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
> Rasakanlah energi cinta yang mengalir
> perlahan-lahan
> saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
> Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
> deras ketika mengingat betapa
> banyaknya pengorbanan yang telah
> dilakukan orang-orang itu untuk
> kebahagiaan anda. Pengorbanan yang
> kadang-kadang tertutupi oleh
> salah faham kecil yang entah kenapa
> selalu saja nampak besar.

> Secara ajaib Tuhan mengatur agar
> pengorbanan itu akan tampak lagi
> melalui wajah-wajah jujur mereka
> saat sedang tidur.
> Pengorbanan yang kadang melelahkan
> serta memenatkan mereka
> namun enggan mereka ungkapkan.
> Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
> membantu untuk mengungkap segalanya.
> Tanpa kata, tanpa suara dia
> berkata... "betapa lelahnya..penatnya
> aku hari ini".
> Dan penyebab lelah dan penat itu?
> Untuk siapa dia berpenat lelah
> Tak lain adalah
> KITA.....

> Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
> isteri yang bekerja keras mengurus dan
> mendidik anak, juga rumah.
> Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
> telah menemani hari-hari suka dan duka
> bersama kita.

> Resapilah kenangan-kenangan manis dan
> pahit yang pernah terjadi dengan
> menatap wajah-wajah mereka.
> Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
> rasa terharu seketika menerpa jika
> mengingat itu semua.
> Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
> esok mereka "orang-orang terkasih itu"
> tak lagi membuka matanya,
> untuk selamanya ... "

As-Sakinah...

salam...
bismillah...

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia"

"Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”

Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi


Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,
Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,
Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


"apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.."


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)


Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat Muslim)


Pesan Sayyidina Umar Al Khattab R.A: "..Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu, dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub, dan kesempurnaan syukur ialah menyedari kekurangan -kekuranganmu.."

Sabtu, 6 Mac 2010

Sanah Helwah...IZZATI...

salam..
bismillah..

Alhamdulillah dgn izinNya,syukur kehadrat Ilahi sy pnjatkan krnn masih lagi dberi kesempatan dan pinjaman hayat kpd hmbaNya ini,bg meneruskan sisa2 hidup yang masih lagi berbaki..mg nikmat yg diberikan ini dapat saya gunakan dgn sebaik mungkin dalam mengejar dan mencari keredhoaan Allah Taala..

Tanggal 6 Mac 1985 lahir lah seorang puteri bongsu bg pasangan En. Zakaria dan isteri Pn Aminah di kediaman mereka di Quartas JKR Kem Desa Pahlawan...kehadirannya di nanti2 kan oleh saudara2nya yang lain..mgkin bg saudaraku yg ke 5( pn fiza) kelihatan sedikit resah,kerana takut kehilangan kasih sayang dari Abah dan Ummi serta abg dan kakaknya...( mn xnyer br usia setahun dh dapat adik..hehhe)..genap seminggu usiaku, Abah dengan bangganya menmberikn nama kepadaku dengan nama yang sungguh indah..NORIZZATI( baca: lahjah arab..br best dgr)'ketinggianku,kemuliannku'..terima kasih buat abah dan ummi..

Tujuan entri ni ditulis bkn nk meng'war2 kan tarikh kelahiranku , tp sekadar nk berkongsi kegembiraan bersama2..dan arini genaplah usiaku yang ke 25 tahun,,( dh agak tua ni..) moga dengan usiaku ini,dapat memberi peringatan dan pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam meniti mehnah kehidupan duniawi ini..

Selama 25 thn hayatku ini, adakah hidupku dan amalan ku diterima Allah??berfikir sejenak sebelum melabuhkan tirai malam td..terlalu banyak SMS yang masuk,berebut2 untuk memenuhi inbox yang dah separuuh penuh tu..xkurang hebatnya dgn ucapan selamat di Ym dn FB..walaupun ada yang awal ucapkannya, itu semua xmenjadi masalah..( nada lain jerk ni..)mereka semua mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya ini..ucapan yang biasa kita dapat kebanyakkannya sama je..'semoga bahagia dunia akhirat,dimurahkan rezeki'.dan yang sampingannya, semoga CEPAT DAPAT JODOH yg SOLEH..hehe..ameen..itu semua dah menjadi impian setiap manusia.inginkan yg terbaik untuk masa depan.tp perbuatan kita dan amalan kita dengan ALLAH, adakah dh cukup terbaik dah kita bg padaNya??Ya ALLAH..bertapa kerdilnya hambamu ini..masih adakah tempat untuk ku disisimu??sesungguhnya Engaku maha pengasih lagi penyanyang..

moga2 dengan berkat doa kalian semua, sedikit sebanyak akan dikabulkan Allah..Ameen..

Dedikasi buat Ummi..terima kasih atas didikan dan asuhan ummi selama 25 thn ini..adik akan abadikan saat2 indah kita bersama selagi hayat dikandung badan..semoga setiap amalan kita diterima ALLAH s.w.t...

Buat kekanda2 ku sekalian..terima kasih atas doa dan dorongan kalian selama ini..walaupun jauh dimata, namun tarikh keramat dan kelahiran ini masih lagi segar dlm ingatan kalian..begitu lah kita adik beradik kan??kalu xingat mmg ade y terasa..hhehehe..

Buat sahabat handai di MESIA dan di MESIR, jazakumullah khairan jaza'..doa2 kalian semua sgt bermakna dan berharga buat diri ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit memperjuangkan yg HAK.. semoga kita semua di rahmati ALLAH..takbir..allahuakbar3x...

Jumaat, 19 Februari 2010

Bumi Anbiya'..tunggu kepulanganku...

salam
Bismillah

Haaa..bkn senang nk tulis byk entri dlm 1 masa..hehhe...jgn lepaskan peluang yg ada..emm..sedih dan hepi silih berganti semenjak 2 menjak ni..lagi seminggu je aku nk balik mesir..meneruskan pengajian y masih lg berbaki..i.allah 2 thn lg..dan meninggalka Ummi yg kadang tu kesihatan tak menentu..biasa la bila dh berumor ni..sakit2 badan..berat jgk rs hati ni nk tgglkan ummi sorang2 nti..sementara Achik ada kt umh xpe la..nti bile dia dh kije kt K.L??emm..tawakkal je la..INNALLAHA MA"ANA..

Semalm g KB ngan Achik, cr brg2 keperluan skit..dan barang kiriman sahabat2 kt sana..tp beg xkemas papa pn lg..xtau nk kemas cane..duk tgk je beg besar 2..emm...arini nk kuar g kedai lg..ptg n mlm ni kemas beg,,sbb nk bg beg ni kat Ateh..memndangkan aku akan bertolak dr KB Airport ke KLIA so xnk kena cas, aku kirim beg ni kat Ateh je..dr sini bwk kotak mkanan jee..hehhe..nk bwk brg2 fresh katakan...ahaks..

Rindu makin membuak pd bumi anbiya'..lagi2 mansurah..i.allah 28 ni kita bakalan bertemu..tunggu kepulangan ku..semoga aku terus thabat dlm meneruskan perjuanagn yang telah di amanhkan oeh ALLAH Taala..disini aku sedikit lagho dan lalai dengan kalamMU ya ALLAH...ya ALLAH kuatkan imanku..

Selamat Pengantin Baru..

salam..
bismillah..

Dah lama xupdate blog ni..byk yg nk dceritakan..tapi masa dan keadaan xmengizinkan..xpela..lgpn tenet xde kt umh..k,ha balik br leh online..entri kali ni sekadar nk melepaskan rindu menaip jer..

Alhamdulillah tanggal 15 februRi baru ni telah berlangsungnyer majlis gilang gemilang di teratak bonda kami d taman desa rakyat..walimah Achik dan K.Ha..Selamat Pengantin Baru kat U ol berdua..majlis sgt meriah dgn kehadiran sanak saudara dan sahabat handai ke dua belah pasangan dan juga sahabat2 ummi..kepenatanku selama sebulan mengurus dan mendekorasi ruumah berbaloi dan akan jd kenangan pahit dan manis dalam hidp..2 orang sekaligus..mmg xpenah di bbuat oleh kuarga kami sebelum ni..saudara2 pn xpenat alami..betapa hebatnya kuarga kami ni..nasib je xbuat 3 terus..kalu buat,rsnye xterlayan tetamu yg hadir..mmg xputus2 tetamu dtg membanjiri teratak bonda kami ni..naik lenguh kaki ummi ke hulu ke hilir..kejap org tu pggil,kejap y ni pggil..last2 ummi masuk bilik berehat jap..(cian ummi)..apapun alhamdulillah majlis selesai awal dr yg dijangka..kalu kebiasaanye samapai tgh mlm,tp kali ni lepas mgrib tetamu dh reda..kabetulan kenduri ari 2 mmg byk..mgkin jemputan yg lain xdpt dtg..tp keesokkan paginyer, awl pg dh menyambut tetamu..hehehee..pe lg breakfast sama2 laa..

Syukur alhamdulillah..semuanye berjalan dgn lancar sekali..semoga mndapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH Taala..Ameen..buat Achik + K.Chik dan K.ha + Fitri, adik ucapkan selamat pengantin baru..mg kekal hingga ke akhirnyer.." "barakallahulakuma wabaarik 'alaikuma wajam'a bainakuma fi khoir"..semoga kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian..





semoga menjadi anak + suami soleh



semoga menjadi isteri solehah

Gambar kami sekeluarga ada ngan cameraman..nti nk mtk kt dia..pstu leh a ltk dlm blog ni..hehhe..syukran jazilan buat sanak saudara dan shabat handai y sudi datang memeriahkan majlis 2 pengantin baru ni..doakan kebahgian pengantin dan keluarga..

Pengikut

ULAMA

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

AKHBAR

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

TRAFFIC

Marhaban Bikum


ShoutMix chat widget